Apa yang buat kami pilih Russia sebelum ke Turki

Jalan Sutera darat

Beberapa tahun yang lalu, team Pure Odyssey melakukan jelajah daripada Afghanistan menuju ke Eropah menggunakan jalan sutera darat.

Secara kasarnya perjalanan kami akan melalui Afghanistan, Iran, Armenia, Georgia, Turki dan seterusnya ke negara-negara Balkan.

Persimpangan Empayar

Dipendekkan cerita, apabila berada di Georgia, kami sedar sebenarnya berada di persimpangan antara dua bekas empayar besar, Turki dan Russia. Seterusnya membuatkan kami tanyakan pada diri sendiri, “ Kenapa tidak Russia? Semua orang ke Turki.”

peta Jalan sutera darat ke eropah
Perancangan asal

Dan ini antara logik yang kami gunakan untuk memilih Russia pada waktu itu:

  • Hakikat kami telah pun berada di sempadan kaukasus utara Russia, kami tak nak di kemudian hari berasa “Russia was so close yet so far”.
  • Kami menyangka bahawa Russia memerlukan kudrat orang muda untuk mengembara ke negara terbesar di dunia ini. (“Inilah masanya”)
  • Turki akan sentiasa ada di lain masa (maksud kami, bila-bila pun boleh ke Turki…), Russia? Entah bila akan sampai kalau bukan sekarang.
  • Pernah dengar Chechnya dan Dagestan? Ya, Chechnya dan Dagestan hanya dalam gapaian kami waktu itu.
  • Pandangan skeptik kebanyakan pada waktu itu yang menyangka bahawa Russia masih tertutup membuakkan lagi jiwa muda kami untuk jelajah Russia.

Lepas keputusan disepakati, kami ke pejabat konsulat Russia di Kedutaan Switzerland di Georgia untuk urusan permohonan Visa pelancong ke Russia.

map dari afghanistan ke Russia
Laluan penjelajahan kami

10 hari kemudian, kami menyeberangi sempadan Russia melalui pergunungan Kaukasus Utara dari Kazbegi, Georgia.

Sejak saat itu, kami jatuh cinta dengan Russia dan berjanji untuk berkongsi tips dan informasi untuk anda travel dan alami sendiri panahan cinta Russia.


Note: Kami berjaya menjejak ke Turki juga akhirnya.

Disklaimer: Ini adalah antara logik akal kami semasa kami memilih Russia berbanding ke Turki pada waktu itu

Leave a Reply

Proceed Booking