Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com
Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com

Akaun Multi-Currency WISE

Antara soalan paling biasa bila bercuti ke luar negara ialah, mana nak tukar duit? nak bawa matawang apa? Belum lagi kalau korang pergi bercuti ke negara yang bukan arus perdana dan dah tentu pengurup wang di Malaysia tak simpan matawang negara yang kita nak bercuti tersebut. dah kena tukar 2 kali. MYR-USD/EUR- xxx

Artikel kali ni kami nak kongsikan satu apps atau akaun multi-matawang yang membolehkan pengguna menyimpan/memegang wang dalam pelbagai mata wang asing. WISE atau nama lamanya TransferWise.

Cara untuk mendaftar dan menggunakan akaun Wise

Daftar akaun:

Klik link untuk mendaftar akaun Wise beserta ganjaran yuran percuma untuk penghantaran sehingga GBP500. Masukkan semua maklumat yang diperlukan untuk membuka akaun.

Setelah siap, pastikan anda isikan makkumat peribadi di bahagian “Finish account setup” dan bahagian “receive money”.

Seterusnya pilih bahagian “Card” dan “Order your card”. Kad debit visa Wise mengambil masa hampir 2 minggu untuk sampai ke alamat penerima. Namun sementara itu, anda sudah boleh menggunakan maklumat kad tersebut dalam pembelian/bayaran atas talian.

Setelah semua pendaftaran selesai, anda boleh memilih akaun selain daripada akaun Ringgit untuk dibuka. Tekan “Add account” dan pilih matawang pilihan anda.

SEND :

Untuk menghantar wang, anda hanya perlu maklumat bank penerima atau hanya sekadar nama dan alamat emel penerima Wise. Anda boleh menghantar wang terus dalam pelbagai mata wang asing. Penghantaran duit boleh mengambil masa sehingga 2 hari sekiranya ke akaun matawang kurang popular. Atau paling cepat dalam tempoh kurang sejam sahaja ke akaun matawang mainstream seperti USD, EUR dan lain-lain.

*Bergantung kepada matawang yang akan dihantar, kadar caj bermula 0.41%-2%. (Abaikan Wise fee nilai transaksi GBP500 pertama anda dengan referral kami)

RECEIVE :

Bergantung kepada jenis mata wang, ada matawang yang beserta dengan maklumat akaun tersendiri. Sebagai contoh, untuk mata wang USD, anda akan dibekalkan dengan maklumat bank akaun USD tersebut seakan anda sebenarnya membuka bank di US. Anda boleh menggunakaan maklumat bank akaun USD tersebut untuk menerima bayaran secara terus ke USD dari mana-mana medium.

Selain itu, anda juga boleh menerima bayaran daripada pengguna wise yang lain dengan hanya memberi nama penuh alamat emel kepada pengguna wise tersebut.

SPEND :

Akhir sekali seperti mana-mana kad debit, dengan Wise juga anda boleh berbelanja dengan bayaran tanpa tunai tanpa perlu bimbang dengan kadar tukaran wang yang tidak menentu. Sekiranya anda mempunyai baki amaun dalam akaun mata wang tempatan seperti Gel, dan anda membuat pembayaran menggunakan kad Wise di Georgia dalam GEL, jumlah yang sama akan ditolak terus daripada baki akaun GEL. Begitu juga sekiranya anda di negara EU, menggunakan matawang EUR. Hanya perlu buka dan simpan dalam akaun EUR, dan berbelanja dalam EUR.

Atau, keluarkan matawang tunai tempatan dari mesin ATM tempatan.

Bagaimana Wise menyelesaikan masalah kami

Alkisahnya, kami dulu mula menggunakan Transfer Wise sejak 2019 sebagai medium untuk kami tukarkan Ringgit Malaysia ke Ruble Russia memandangkan ruble sukar didapati di Malaysia. Pada tahun 2019, kad debit Wise belum dikeluarkan untuk pemegang akaun Wise di Malaysia, namun kami menggunakan akaun Wise ini untuk menghantar duit dari Malaysia ke akaun SberBank kami di Russia dan keluarkan tunai dari mesin ATM di sana. (Daripada Ringgit Malaysia ke Ruble Russia.)

Berbeza dengan menggunakan khidmat moneygram/westernunion/wire transfer, dengan menggunakan khidmat Wise ini, kami mendapat nilai yang lebih baik. Penjimatan pada kadar tukaran terbaik dan kadar servis yang rendah, malah korang yang baru buka akaun menggunakannya referral kod kami akan akan dikenakan yuran servis RM0 untuk penghantaran/tukaran sehingga 500 Pound Sterling. Ya, RM 0, percuma!!!

Contoh kegunaan akaun Wise

Untuk memudahkan pemahaman pembaca, kami gunakan contoh penggunaan Wise dalam trip terbaru kami di Georgia (Jun 2022). Contoh negara yang bukan arus perdana.

Georgia menggunakan mata wang GEL (Georgian Lari). Dalam Malaysia, tak ada satu pun pengurup wang yang niagakan matawang GEL sekiranya kita ingin menukar MYR/GEL di Malaysia. Dengan menggunakan akaun WISE, kami hanya perlu memilih untuk membuka satu lagi akaun matawang asing daripada senarai matawang yang disokong oleh WISE, dalam kes ini, Georgian lari.

Melalui akaun Wise ini, anda boleh merancang bila untuk tukar dan simpan matawang asing tersebut mengikut kadar yang anda suka. Dalam kes kami, kami mula menukar dan menyimpan GEL pada bulan 4 semasa kadar GEL 1 = RM 1.3 . Semasa kami di Georgia (Jun) kadar semasa sudah menjadi agak mahal iaitu GEL 1 = RM 1.55

*Abaikan Wise fee tersebut bagi nilai transaksi GBP500 pertama anda dengan referral kami

Setelah membuka akaun tersebut, kami hanya perlu tambah baki akaun GEL tersebut. Untuk menambah baki akaun GEL, Cuma perlu tekan berapa amaun GEL yang ingin ditambah, dan jumlah sebenar yang perlu dibayar dalam Ringgit Malaysia akan dinyatakan, dan dipecahkan secara jelas antara kadar kos servis dan kadar tukaran semasa. Bayaran dalam ringgit boleh dibuat secara manual transfer atau yang terbaik ialah secara perbankan atas talian. *pembayaran hanya dibenarkan melalui akaun bank pengguna sahaja, dan pemindahan melalui akaun bank yang bukan nama pengguna akan ditendang.

Dalam masa kurang daripada 1 minit selepas pemindahan berjaya, baki semasa akaun GEL tersebut akan dikemaskini.

Mulai 2022, Wise telah mengeluarkan Kad debit Visa bagi pengguna wise di Malaysia. Dengan kad debit ini anda boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran bagi sebarang pembelian secara atas talian, tanpa tunai atau atau juga boleh mengeluarkan tunai di mana-mana mesin ATM.

Pengeluaran tunai di luar negara

Kembali kepada trip kami ke Georgia, setelah mendarat di Tbilisi, Georgia, kami hanya perlu ke mesin ATM yang terdapat di lapangan terbang atau di bandar dan mengeluarkan jumlah Georgian lari (GEL) yang diperlukan. Lebih menarik, anda akan mendapat tunai GEL dan tiada sebarang caj tambahan bagi pengeluaran tunai di mesin ATM bagi nilai RM 1000  pertama dan terhad pada 2 transaksi (RM1100 bermula 3 Januari 2023) setiap bulan.

Tak perlu lagi pening untuk menukarkan RM ke USD/EUR dan seterusnya USD/EUR ke mata wang tempatan. Dan tak perlu lagi risau untuk bawah tunai yang berkepuk atau memikirkan caj tambahan yang tinggi setiap kali menggunakan mesin ATM di luar negara.

Anda boleh gunakan cara ini untuk mana-mana mata wang yang disokong oleh Wise.

Kos sebenar pengeluaran tunai di luar negara

Mengikut terma dan syarat Wise kita akan mendapat caj percuma untuk pengeluaran bulanan yang  bernilai RM1000 atau 2 transaksi. Untuk pengeluaran bulanan melebihi RM1000 atau transaksi ke-3 dan keatas, setiap transaksi akan dicaj nilai RM5 dan 1.75% daripada total pengeluaran.

Ini tidak termasuk caj yang dikenakan mesin ATM tempatan. Jangan risau, ada mesin ATM yang tidak mengenakan sebarang caj tambahan untuk urusniaga di mesin tersebut.

Contoh 1 : Georgia

(Nilai pengeluaran

Kami mengeluarkan tunai GEL 400, jumlah yang ditolak adalah GEL 400 sahaja.

contoh 2 : Georgia

Selepas nilai RM1000  / Transaksi lebihan, tiada caj oleh mesin ATM)

Kami keluarkan tunai GEL500 : GEL3.3 (RM5) caj tetap oleh wise dan 1.75% (GEL8. caj tambahan wise. Maka jumlah keseluruhan yang ditolak daripada akaun Georgian Lari ialah GEL 500 & GEL 12.12

Keluarkan GEL400 : GEL 3.3 (RM5) caj tetap oleh Wise dan 1.75% (GEL 7 caj tambahan Wise). Jumlah yang ditolak daripada akaun GEL ialah GEL410.4

contoh 3 : Turkiye

Nilai bulanan > RM1000 /Transaksi lebihan, dengan caj mesin ATM)

Kami keluarkan TRY 500: ATM caj sebanyak TRY 25, kadar tetap oleh Wise TRY 19(RM5) dan 1.75% (TRY9) caj tambahan wise. Maka jumlah yang ditolak daripada akaun Turkish Lira ialah TRY 500 + TRY 25 + TRY28

Dan pengeluaran TRY600 bermaksud jumlah sebenar ditolak daripada akaun ialah TRY660.

Untuk Turkiye, kami melakukan pengeluaran di 3 mesin ATM berbeza. Setiap mesin ada caj berlainan harga. Yang pasti  ATM Halk Bank, free withdraw, tiada caj pengeluaran oleh mesin ATM .

## Tips ini berkemungkinan besar kurang membantu sekiranya anda adalah pemegang kad kredit platinum bermatlamat mengumpul ganjaran air miles. Sebaiknya anda berbelanja menggunakan kad sahaja berbanding mengeluarkan tunai

Kesimpulan

Pros
  • Wise Payment Malaysia sdn bhd berdaftar dan berlesen di bawah BNM
  • Akaun Wise mudah di buka dan diurus
  • Boleh memegang hampir 40 jenis matawang
  • Kadar tukaran yang lebih kompetitif
  • Caj tukaran / penghantaran RM 0 bagi GBP500 pertama bagi pengguna yang mendaftar menggunakan kod referral kami
  • Menambah baki akaun atau menghantar wang ke akaun lain adalah sangat effisien dan laju
  • Selamat digunakan
  • Kadar tukaran yang boleh dikunci sehingga 3 hari sekiranya masih berkira-kira untuk menunggu kadar tukaran matawang yang lebih baik. Teruskan atau batalkan dan gunakan kadar baru sekiranya perlu.
  • Tiada caj pengeluaran ATM di luar negara untuk nilai RM1000 pertama
  • Boleh menghantar terus ke akaun bank penerima atau akaun Wise penerima.

Cons

  • Hanya boleh tambah baki akaun melalui akaun bank pengguna sahaja. Nama pengguna wise dan akaun bank hendaklah sama.
2 Responses

Leave a Reply

Proceed Booking