Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com
Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com

Melancong ke Russia 2023 & operasi ketenteraan di Ukraine. Ini yang anda perlu tahu.

TERBARU (1 Ogos 2023):

Russia secara rasminya telah pun melancarkan semula program E-Visa bersepadu untuk keseluruhan Russia. Sebelum ini evisa yang pernah dilancarkan dulu hanya untuk memasuki beberapa kawasan sahaja seperti Kaliningrad, St Petersburg dan Vladivostok. Kini, dengan E-Visa Bersepadu Russia, warganegara Malaysia boleh memasuki mana-mana pintu sempadan Russia dengan lebih mudah.

Permohonan E-Visa ini akan menjadikan proses melawat Russia lebih mudah. Tak perlu lagi mengumpul dokumen-dokumen yang agak sukar diperolehi dan menghantar secara fizikal di Kedutaan Russia di Jalan Ampang, KL.

Sekiranya anda berminat untuk melancong ke Russia dengan situasi semasa geopolitik sekarang(2023), pasti anda telah pun melakukan sedikit kajian dalam internet. Kebanyakkan laman web “travel alert”  yang dikeluarkan daripada negara-negara untuk rakyat mereka meletakkan Russia dalam kategori waspada atau bahaya. Fakta ini sebenarnya separuh benar dan separuh salah. Dalam artikel ini kami kongsikan bebrapa perkara yang anda  perlu tahu sekiranya anda ingin melancong ke Russia 2023 sebagai warganegara MALAYSIA.

Sebelum itu, anda boleh rujuk di sini untuk perkara asas mengenai lawatan ke Russia

1. Russia sudah membuka sempadan untuk pelancong Malaysia sejak April 2022

Sempadan negara Russia sebenarnya dibuka secara berperingkat untuk aktiviti pelancongan mengikut negara sejak awal 2022. Sejak April 2022, Russia telah pun membatalkan kesemua ordinan larangan berkaitan Covid 19 secara total dan membuka sempadannya untuk pelancongan kepada semua negara.

2. Kebanyakan agen pelancongan yang mengedalikan pakej ke Russia akan mengatakan Russia masih belum dibuka.

Namun sejak sebulan selepas sempadan Russia dibuka, pada Mei 2022, Russia telah mengeluarkan senarai negara yang dikategorikan sebagai ‘Negara tidak mesra/dingin’ (unfriendly countries). Hampir kesemua negara eropah termasuk dalam kategori ini, termasuklah Singapore sebagai wakil tunggal dari Asia Tenggara. Rakyat daripada negara-negara tersebut dilarang/diban untuk memasuki sempadan Russia. Malaysia tidak termasuk dalam kategori tersebut malah Rostourism (Motac Russia) sendiri banyak mempromosi Russia di Malaysia dalam Matta fair baru-baru ini

Jadi sekiranya anda bertanya kepada agen jualan semula pakej pelancongan yang kebanyakannya dikendalikan oleh syarikat gergasi berpengkalan Eropah, 9/10 jawapan yang anda akan dapat ialah, Russia belum dibuka. Fakta sebenar ialah, mereka (pelancong kendalian mereka) yang tidak dialu-alukan di Russia. Bukan pelancong Malaysia. Jadi anda cuma perlu pergi sendiri, atau ikut pakej pelancongan local dari Russia (kebanyakannya dalam medium bahasa Russia) atau anda boleh ikut trip bersama kami.

3. Bukankah Russia masih berperang?

Perang proksi antara Russia dan proksi Barat hanya berlaku dalam sempadan Ukraine. Tiada aktiviti serangan ketenteraan berlaku dalam sempadan Russia. Sekiranya anda boleh menerima logik seperti berikut:

  • Perang di Syria dimana Turkiye adalah antara pemain utama dalam aktiviti di Syria, tetapi anda masih melancong ke Cappadocia, Turkiye yang terletak 320km dari Aleppo, Syria
  • Konflik Kashmir antara India dan Pakistan sepanjang berdekad dan masih berlarutan, dan anda masih melawat Kasmir melalui India atau Pakistan atau daerah bersebelahannya.
  • Konflik antara pendatang haram yahudi dan Palestin, tetapi anda melawat Masjid Al-Aqsa tanpa ragu
  • Sepanjang perang Iraq 2003-2011, anda melawat United Kingdom tanpa segan sedangkan UK merupakan dalang utama bersama Amerika Syarikat dalam melancarkan perang tanpa casus belli yang sah.
  • Paris yang tengah ‘hot’ dengan rusuhan oleh orang Perancis yang terkenal dengan Rcvolusi Perancis, tapi anda tak kisah. Shopping tetap shopping.

Maka, anda juga pasti boleh menerima logik perang di Ukraine yang Russia mengambil bahagian secara aktif, tetapi anda masih boleh melawat Russia disebabkan kawasan perang yang hanya dalam sempadan Ukraine.

**Logik tambahan, Kami juga diajukan soalan samada Georgia selamat untuk dilawati disebabkan berhampiran dengan Ukraine. Georgia adalah negara yang tiada kaitan dalam konflik tersebut dan jarak antara sempadan Georgia dan Ukraine adalah sama dengan jarak antara Turkiye dan Ukraine. Malah Poland dan Hungary mempunyai sempadan terus dengan Ukraine. Adakah anda berasa terancam untuk melawat Turkiye, Polanda atau Hungary?

Dengan situasi geopolitik terbaru antara China, Russia dan Amerika Syarikat,  anda lebih perlu berhati-hati dengan kawasan atau negara yang berkemungkinan besar akan menjadi proksi Amerika Syarikat di kawasan sekitar Laut China Selatan seperti Taiwan.

4. Russia masih dibawah sekatan ekonomi oleh barat

Disebabkan tamparan sekatan ekonomi oleh barat, Visa dan Master Card anda tidak boleh digunakan di Russia. Ada beberapa cara yang anda boleh lakukan untuk memudahkan urusan anda melibatkan wang sepanjang melancong di Russia:

  • Buka akaun debit UnionPay di Public bank atau kad kredit AmBank atau prepaid UnionPay di BOC.  Semak di sini (sejak July 2023, Unionpay juga telah keluar dari Russia, namun hanya beberapa hotel sahaja yang masih menerima pembayaran menggunakan terminal union pay)
  • Sekiranya melawat Russia lebih kurang 2 minggu, anda boleh buka akaun bank Tinkoff di Russia. Bank Tinkoff terlepas daripada sekatan ekonomi, jadi pemindahan Swift masih boleh digunakan antara duit anda dalam bank di Malaysia dan bank Tinkoff. (Tinkoff bank juga baru dimasukkan dalam senarai sekatan ekonomi barat). Namun anda masih boleh menggunakan bank Tinkoff dengan menyimpan wang tunai ke dalam akaun dan menggunakan bayaran tanpa tunai Tinkoff sekiranya anda membawa tunai yang banyak.
  • Ikut trip kami, dan anda hanya perlu bawa sedikit wang tunai untuk keperluan makanan dan membeli anda sahaja. Lain-lain perkara kami uruskan.

 

5. Russia sedang giat mempromosi sektor pelancongan terhadap pelancong daripada negara bersahabat/mesra (Friendly countries).

Baru baru ini, delegasi Moscow City Tourism Committee turut serta dalam Matta Fair di Kuala Lumpur bagi mempromosikan laluan pelancongan ke Russia dalam kalangan orang Malaysia.

6. Russia adalah negara terbesar di dunia

Russia adalah yang sebuah negara yang terbesar di dunia. Jadi jangan hadkan pilihan anda dengan sekadar Moscow dan Saint Petersburg sahaja. Sekiranya anda masih was-was dan takut disebabkan oleh perang di Ukraine, anda boleh melawat bandar Murmansk nun jauh di kawasan bulatan artik untuk memburu Aurora Borealis, atau nun jauh di timur Siberia, dan merasai pengalaman memandu dan berjalan di atas tasik beku Baikal berdekatan bandar Irkutsk. Irkutsk terletak hampir 7 jam penerbangan dari sempadan Ukraine. Jangan risau.

7. Visa pelancong ke Russia

Sejak 2022, keperluan dokumen tambahan untuk memohon visa pelancong ke Russia agak ketat dan merumitkan. Untuk memudahkan anda, pihak Pure Odyssey akan menguruskan segala proses permohonan visa pelancong ke Russia bagi peserta trip kami.

Kesimpulannya

Ya betul, ada banyak lagi negara lain yang anda tidak perlukan visa dan lebih mudah untuk travel. Namun, bila hati sudah terpaut, trip bucket list yang sekian lama terpendam seperti Trans-Siberia, Frozen Lake Baikal takkan nak dibiarkan terkubur sahaja disebabkan hal remeh seperti ‘misinformed’. Masa kian berlalu, konflik entah sampai bila, tumpang situasi masih terkawal dan tiada tanda meleret ke dalam wilayah Russia, kita layan saja trip sekali seumur hidup ni.

Proceed Booking