Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com
Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com

Rantau Kaukasus – Destinasi ‘Off beaten track’ untuk orang Malaysia

Geografi dan demografi kaukasus

Wilayah Kaukasus (Caucasus region) adalah sebuah wilayah yang terletak di sekeliling banjaran pergunungan Kaukasus, di antara Laut Hitam di barat dan Laut Kaspia di timur.

Banjaran pergunungan Kaukasus besar (Greater Caucasus) membahagi wilayah kaukasus kepada Utara Kaukasus (selatan Russia) dan Selatan Kaukasus (Georgia, Azerbaijan dan Armenia)

Terdapat lebih daripada 50 kumpulan etnik yang berasal dari kawasan ni, serta menggunakan bahasa daripada keluarga bahasa yang berbeza. Terutamanya Georgia dan Armenia, masing-masing merupakan satu-satunya bahasa dalam keluarga tersendiri. Armenia dan Georgia adalah negara Kristian manakala Azerbaijan dan kesemua wilayah di utara Kaukasus adalah wilayah Islam.

Sekadar maklumat tambahan, Azerbaijan secara umumnya adalah Syiah manakala Utara Kaukausus Russia adalah Sunni bermazhab Shafie.

Rantau ini mempunyai sejarah yang panjang dan signifikan tetapi seringkali kurang diberi perhatian dalam kalangan pelancong serta banyak dimomokkan dengan cerita-cerita keganasan serantau yang telah lapuk dan tidak tepat.

Kenapa melancong ke Rantau Kaukasus ?

Sejak sedekad yang lalu, negara dan wilayah autonomi di rantau ini mula memberikan tumpuan terhadap pembangunan infrastruktur dan keselamatan untuk menarik minat pelancong antarabangsa.

Menara Svan di Penempatan pergunungan kuno Mestia

1. Destinasi ‘off-beaten track’. Industri pelancongan di negara seperti Armenia, Georgia, dan Azerbaijan serta Russia terhadap wilayah autonomi seperti Republik Chechnya, Dagestan, dan Karachay-Cerkessia makin berkembang dengan penambahan penerbangan antarabangsa dari Eropah dan hub transit di timur tengah. Sebelum pandemik melanda, jumlah pelancong asing di negara-negara ini semakin bertambah walaupun bukan dalam skala yang besar.

Lepak bersama ‘abang long kawasan:)) ‘ di Goris, Armenia

2. Dari sudut hospitaliti, etnik-etnik Caucasus adalah antara etnik yang sangat mesra terhadap pelancong asing. Sekiranya anda tinggal di rumah tumpangan (Guesthouse) anda akan mendapat layanan terbaik, dan yang paling seronok, menikmati hidangan makanan bersama keluarga tuan rumah.

3. Kos perbelanjaan pelancongan mampu milik. Kesemua negara di sini menggunakan mata wang yang tersendiri dan kos perbelanjaan harian disana hampir menyerupai kos pelancongan pelancong asing di Malaysia. Sebagai perbandingan, hidangan makan tengah hari untuk seorang (pilov atau khachapuri) dalam anggaran RM16 – RM30 bergantung dengan lokasi.

Monasteri gua di Vardzia, Georgia

4. Kaya dengan sejarah kebudayaan dan peradaban yang tersendiri. Wilayah serantau Kaukasus merupakan lokasi strategik titik silang pertembungan antara 3 peradaban empayar besar iaitu Empayar Russia, Turki dan Iran(Persia). Armenia merupakan negara kristian pertama di dunia. Tinggalan Georgia kuno yang terdiri daripada kerajaan kecil masih dapat dilihat di serata daerah Georgia.

Ushghuli- Penempatan tertinggi di eropah

5. Eropah atau Asia? Ia Kaukasus. Lokasi Kaukasus dipersimpangan benua asia dan eropah membuatkan anda akan terfikir sejenak apabila berada di sana. Di Georgia orangnya seakan orang Eropah tetapi identiti kebudayaannya mempunyai banyak unsur Asia. Tidak kurang juga seni bina bangunan yang mempamerkan adunan terbaik antara pengaruh Eropah (Russia), Asia (timur tengah dan Parsi)

Kazbegi mountain
Gergheti chruch on the mountain

6. Keindahan alam semula jadi yang mengasyikkan. Ke mana saja anda pandang, pastikan akan kelihatan banjaran pergunungan. Di Georgia terdapat perkampungan tertinggi Ushghuli di Eropah berdekatan dengan Gunung Elbrus (Russia) iaitu gunung yang tertinggi di Eropah, manakala di Armenia anda akan menghayati panorama Gunung Ararat yang menjadi lokasi penting dalam sejarah cerita Nabi Nuh, dan Gunung Aragat yang melawan hukum graviti.

Old town Tbilisi

7. Bangunan dan monumen yang cantik dan menarik (walaupun ada yang pelik). Bangunan moden seperti Flame tower dan Heydar Aliyev center di bandar Baku buatkan ada rasa seperti di bandar Dubai, manakala di Georgia Old town dan new city nya adalah kontra antara satu sama lain. Old town Georgia membawa anda kembali ke zaman silam dengan peradaban asia dan eropah manakala bandar baru nya membuatkan anda berasa seperti berada di bandar eropah. Di Armenia pula, banyak kelihatan binaan-binaan berasaskan Soviet seperti cascade Armenia dan Armenia Opera Theater. Bangunan yang paling kami bingung adalah Batumi Tower Ferris Wheel.

Adjarian Khachapuri

8. Hidangan masakan Kaukasus (Caucasus Cuisine) yang penuh citarasa. Dengan kepelbagaian etnik Kaukasus, anda boleh menikmati hidangan tradisi yang unik dari setiap negara/wilayah. Untuk makanan halal berdaging yang paling mudah, anda boleh cuba hidangan Plov Azeribaijan, atau ZhikZhik-Galnash di Chechnya, atau Khinkal di Dagestan. Khinkali Georgian versi halal agak sukar didapati, namun anda boleh cuba makanan tanpa daging di Georgia seperti Kachapuri.

Gunung Ararat dari Armenia

9. Kisah Nabi Nuh dan Zulkarnain. Dari Armenia, anda boleh lihat pemandangan Gunung Ararat yang dikatakan sebagai tempat bahtera Nabi Nuh mendarat. (Gunung Ararat terletak dalam Turki dan hanya 30km daripada sempadan Armenia). Manakala mengenai kisah Zulkarnain yang membina tembok besi, terdapat beberapa versi yang lain mengenai lokasi tembok pembinaan tembok lembah gunung tersebut. Salah satu daripadanya adalah di pergunungan Kaukasus melalui lembah Dariali (laluan retas sempadan antara Georgia ke Russia (North Ossetia-Alania).

Ski resort di Gudauri bertaraf 3.3 bintang

10. Ski resort. Sekiranya anda ingin mencuba ski atau aktiviti sukan musim sejuk yang lain, Terdapat beberapa ski resort dia Georgia (Gudauri dan Mestia) Armenia (Tsakhkadzor) dan Azerbaijan (Tufandağ) yang bertaraf antarabangsa. Menggunakan contoh harga pas harian di Gudauri Ski Resort, dewasa adalah sebanyak GEL50 (~RM80) [taraf 3.3 bintang, setaraf coronet Peak, New Zealand ~NZD140]

Waktu sesuai untuk melancong ke rantau kaukasus

(Georgia/Armenia/Azerbaijan/utara Kaukasus Russia)

Negara-negara ini sesuai dilawati sepanjang tahun bergantung kepada aktiviti atau objektif lawatan anda. Sekiranya anda hanya ingin mengembara dan menikmati keindahan alam, penghujung musim bunga (Mei) sehingga pertengahan musim luruh (oktober) adalah masa yang terbaik. Suhu dan cuaca yang tidak terlalu sejuk dan suram.

Disebabkan dikelilingi pergunungan Kaukasus, musim sejuk kebiasaanya melarat sehingga April dan bermula seawal November. Namun sekiranya anda berhajat untuk bermain ski, sudah tentu Januari sehingga April adalah masa terbaik.

Kami akan kongsikan idea itinerari bagi setiap negara atau transcaucasus 3 negara pada masa akan datang.

Leave a Reply

Proceed Booking