Material vs Memori
Antara material dan memori, yang mana anda lebih sanggup untuk keluarkan duit? Menurut kajian, kalau kebahagiaan dan kegembiraan yang anda cari, sebenarnya lebih baik belanjakan wang pada pengalaman daripada material. Sebab pengalaman dan memori indah walau singkat, mampu membuat anda bahagia selalu daripada material yang hanya beri kebahagiaan sementara.
Jadi, kami kongsikan bagaimana pengalaman travel boleh buatkan anda lebih bahagia.
1. Manjakan diri
Sesekali, setelah penat setahun bekerja keras, anda layak untuk memanjakan diri dengan percutian dan rehat daripada rutin harian. Berehat sebentar daripada bebanan kerja yang tak pernah henti. Recharge diri dan kembali dengan semangat produktiviti yang lebih bertenaga.
2. Luaskan pemikiran.
Dunia sangat luas dan mereka yang tidak pernah mengembara lebih cenderung untuk berfikiran cetek. Jangan salah faham, bukan semua. Mereka yang cenderung berfikiran sedemikian lebih suka menilai seseorang pada neraca pemikirannya sendiri.
Namun, mereka yang kerap mengembara sekurang-kurangnya setahun sekali dapat membebaskan diri daripada belenggu diri sendiri. Percayalah, apabila anda berfikiran luas anda akan mula berhenti menilai seseorang yang lain, seterusnya anda akan lebih bahagia.
3. Meningkatkan kesihatan jantung.
Mengembara dan bercuti bukan saja rehat yang menyeronokkan. Idea mengembara adalah untuk melawat pelbagai tempat menarik dan melihat sendiri perbezaan budaya setempat. Jadi anda tidak dapat lari daripada sedikit aktiviti fizikal seperti berjalan bermula daripada saat anda berlepas dari rumah. Stress-free dan aktiviti fizikal ini sebenarnya merendahkan tekanan darah, dan mengurangkan risiko strok dan serangan jantung.
Menurut kajian Framingham Heart, wanita yang keluar mengembara sekali dalam 7-8 tahun lebih berisiko mendapat serangan jantung berbanding mereka yang keluar mengembara sekali setahun.
4. Memperbaharui persepektif hidup.
Kecenderungan untuk mengambil mudah terhadap hidup dan sekeliling kita membuatkan seseorang bersikap pentingkan diri sendiri. Nasib baik, dengan mengembara, kita akan berjumpa pelbagai ragam manusia dan kondisi mereka. Dari situ kita akan mendapat sudut pandang yang lain dalam kehidupan.
5. Nilai tambah pada hidup
Sekolah > universiti > graduan > kerjaya > kahwin > keluarga > pencen > tamat. Secara tipikal, ini adalah laluan hidup kebanyakan daripada kita. Bosan kan? Apa kata, kita tambah nilai dalam hidup dengan pengembaraan yang epik. Pengembaraan seumur hidup yang boleh diceritakan pada generasi akan datang. Mengembara ke serata dunia, “atuk ada kawan di Peru, New Zealand, Rusia, Jepun, Afrika selatan, dan Kanada.” kata anda pada cucu. Atau,”ayah pernah ke Iran, dan Iran sangat lah cantik, tak seperti yang digambarkan media”.
Nak lebik epik, mengembara ke bulatan Artik dan melihat Aurora Borealis, merentasi laluan darat sepanjang pengembaraan laluan sutera darat, hitchhiking sepanjang perjalanan di Eropah dan lain-lain. Silap hari bulan, bukan saja diceritakan pada anak cucu, siap jadi penulis buku. Baru ada nilai tambah.
6. Mengeratkan hubungan
Kami jamin, apabila kita keluar mengembara, pasti kita akan ditanya soalan “bila nak balik”. Benar kata pepatah, “kalau sayang tinggal-tinggalkan”, atau omputih nya, “absence make heart grows fonder”. Orang di sekeliling pasti akan merindui kita, samada mak dan ayah, saudara, sahabat, teman, mahupun pasangan hidup. Tak percaya, cuba lah.
7. Muhasabah diri
Setiap daripada kita pastikan memerlukan ruang waktu tersendiri. “Me Time”. Dan apa lagi masa terbaik untuk me time kalau bukan sewaktu mengembara atau bercuti. Kita boleh bermuhasabah diri sewaktu mengembara keluar daripada zon selesa dan menyedari sesuatu yang kita tak dapat lihat dengan mata kasar dalam urusan harian.
8. Kenali diri
Pernah tak dengar soalan paling susah didunia yang sering ditanya, “Nak makan apa?” Tahu apa punca wujud soalan ni? Secara mudahnya, kita belum kenali diri sendiri dengan lebih mendalam. Bukanlah maksud kami semua yang bertanya soalan ni tak kenal diri sendiri, cuma ada cebisan diri yang masih belum diterokai dan difahami dengan lebih mendalam.
Aktiviti pengembaraan akan meletakkan diri kita pada saat dimana kita terpaksa berfikir soalan-soalan seperti, “siapa aku”, “apa yang aku ingin kecapi dalam hidup”, dan “apa yang telah aku lakukan setakat ini”. Dari situ, kita akan lebih mengenali diri sendiri secara lebih mendalam.
9. Asah bakat terpendam
Amaran!!! Kalau anda takut untuk meneroka kemampuan dan bakat terpendam anda, mengembara bukan untuk anda. Seriously, traveling akan sentiasa meletakkan anda dalam situasi luar daripada comfort zone anda.
Ya, masa untuk menguji dan membina skills yang anda tak pernah tahu wujud dalam diri. Daripada kemahiran membaca peta, memasak, camping, hidupkan api, menjahit, sampai lah kemahiran bercakap. Semua anda akan pelajari sepanjang pengembaraan anda. Membawa kita kepada point terakhir artikel ini.
10. Universiti kehidupan terbaik.
Kami tahu semua pembaca kami adalah graduan universiti terkemuka samada tempatan mahupun luar negara. Jadi anda pasti faham berapa lama masa yang diambil untuk anda kuasai sesuatu subjek atau topik.
Traveling ini juga adalah universiti terbaik pernah kami lalui. Bayangkan kalau anda perlukan masa 3 bulan untuk kuasai asas bahasa asing di universiti konvensional, sebaliknya, anda hanya perlukan 3 minggu sekiranya anda mengembara dan bergaul dengan masyarakat setempat, bahasa asing yang anda cuba pelajari.
Not all classrooms have four walls
Belum lagi masuk kemahiran lain seperti pengurusan kewangan, dan kemahiran diplomasi. Think about it.
Kalau anda perlukan idea untuk travel ke mana, cuba ini
Kami pasti banyak lagi sebab kenapa perlu travel sekurang-kurangnya sekali setahun. Dan kami rasa 10 sebab diatas adalah sebab-sebab yang lebih cenderung pada emosi dan hati untuk kebaikan jangka masa panjang.
Ingat, travel tak semestinya perlu ke luar negara. Travel dalam negara pun termasuk dalam memberi kebaikan-kebaikan di atas.
Kalau ada yang anda ingin kongsikan bersama kami, komen dibawah.