Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com
Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com

Tips dan cara untuk menjayakan misi memburu Aurora Borealis

Cara tingkatkan peratusan kejayaan memburu Aurora Borealis

Menyaksikan keindahan dan ketakjuban Aurora Borealis (juga dikenali dengan Northern light) secara langsung adalah antara impian kebanyakan pengembara. Namun, tiada siapa yang mampu memberi jaminan 100% bahawa mereka dapat memberikan anda aurora. Sebab akhirnya, aktiviti geomagnetic di permukaan matahari yang menyebabkan fenomena ini berlaku dan keadaan cuaca semasa adalah diluar kuasa manusia. Dengan tips dan cara menjayakan misi memburu Aurora Borealis ini, sekurang-kurangnya anda dapat meningkatkan peratusan kejayaan anda.

misi memburu aurora borealis melepasi garisan artik
Garisan Artik

1. Jauh ke utara Garisan Artik

Aktiviti aurora berlaku dalam linkungan zon aurora iaitu antara garisan artik/antartika ke kutub. Lebih dekat kedudukan anda dengan kutub utara (Aurora Borealis) atau kutub selatan (Aurora Australis) lebih tinggi peluang anda. Dalam artikel ini, jauh ke utara melepasi garisan artik, terdapat beberapa negara yang kebiasaannya menjadi tempat pilihan pemburu Aurora Borealis ini, antaranya:

  • Norway
  • Finland
  • Alaska,USA
  • Canada
  • Iceland
  • Greenland
  • Russia

Ok, anda dah jumpa destinasi yang kena dengan bajet pengembaraan anda.

Aurora Borealis pada bulan Oktober, di Murmansk, Russia

2. Musim Aurora Borealis (September-April)

Musim memburu Aurora Borealis ialah antara bulan September ke April. Bergantung kepada kawasan dan tempat pilihan anda, ada yang tamat seawal minggu pertama April dan ada yang selewat hujung April. Antara salah faham yang paling biasa ialah, Aurora hanya boleh dilihat semasa musim sejuk iaitu Disember ke Februari sahaja. Betul tetapi agak kurang tepat.

Bagi anda yang kurang gemar dengan kesejukan melampau dikala musim sejuk yang memuncak, anda boleh lah pergi pada musim luruh (Sep-Nov) atau permulaan musim bunga (March-mid April).

3. Waktu untuk keluar memburu Aurora Borealis

Fenomena aurora borealis kebiasaannya bermula antara pukul 6pm ke 6am, umumnya, apabila langit sudah gelap. Tapi dari pengalaman team kami, aktiviti aurora memuncak antara pukul 9pm ke 3 pagi. Itupun kalau anda mampu bertahan dan sabar menunggu. Oleh itu, jangan buat aktiviti berat di siang hari yang memenatkan anda untuk berjaga malam menunggu kemuncak trip anda. Northen Light!

memburu aurora borealis di Aurora Village, Murmansk
Aurora Village Murmansk, Russia

4. Lari jauh dari pencemaran cahaya

Sama seperti aktiviti ‘star gazing’, untuk melihat Aurora Borealis, anda perlukan satu kawasan yang gelap dalam kepekatan malam, jauh dari sebarang pencemaran cahaya terutamanya kawasan pekan/bandar.

Fiziknya mudah, apabila anda berada jauh dari pencemaran cahaya, bukaan pada iris mata anda akan lebih luas (selain daripada fungsi rods dan cones pada retina) dan dapat menyerap lebih banyak cahaya dalam kepekatan malam. Cahaya Aurora Borealis, seperti gugusan bima sakti di langit memerlukan adaptasi pada kondisi low-light. Contoh mudah ialah, anda masuk kedalam bilik gelap yang ditutup sebarang lubang cahaya, selepas seketika, anda akan mampu melihat struktur dan perabot dalam bilik tersebut. Itu lah contoh mudah ‘low-light adaptation’

Sekiranya anda mempunyai bajet yang cukup, anda boleh cuba untuk tinggal di Aurora Village, iaitu kawasan percutian berasaskan binaan igloo kaca yang dibina jauh dari pencemaran cahaya. Di sini, anda tak perlu lagi membuang masa dalam perjalanan keluar memburu aurora, hanya perlu tunggu dalam igloo bersama minuman coklat panas.

5. Cari kawasan langit tanpa awan.

Memandangkan cuaca adalah antara unsur yang diluar kawalan manusia, kita mampu berusaha untuk mencari kawasan langit terbuka tanpa awan. Yang penting, anda perlu tahu geografi kawasan setempat.

memburu aurora borealis di murmansk bersama fellow malaysian
Memburu Aurora Borealis dikala langit berawan

Di Pure Odyssey, kami mempunyai rakan sepasukan dalam kalangan orang tempatan di Murmansk, Russia yang tahu selok belok kawasan setempat. Dua kali kami keluar pada malam yang langit berawan, dan alhamdulillah masih dikurniakan rezeki melihat fenomena Aurora ini di ruang tingkap langit yang terbuka tanpa awan.

6. Tinggal sekurang-kurangnya 2-3 malam.

Kadang-kadang, anda dah cuba kesemua 5 tips di atas, tapi nasib masih tak menyebelahi anda. Mungkin disebabkan oleh cuaca atau anda terlepas aktiviti aurora semasa dalam perjalanan mencari ruang langit tanpa awan dan lain-lain.

a guy under the dancing northern light
Langit berawan bukan penghalang kalau anda tahu geografi kawasan tersebut

Kami galakkan anda untuk tinggal di lokasi percutiaan anda sekurang-kurangnya 2-3 malam supaya anda masih mempunyai ruang untuk melakukan cubaan kali kedua dan ketiga sekiranya gagal pada kali pertama. Atau jika nasib anda baik, mungkin anda dapat pengalaman aurora borealis 2 atau 3 kali! Oh ya, kami pernah gagal memburu Aurora Borealis pada malam pertama di Murmansk. Nasib menyebelahi kami keesokannya.

7. Kamera dan tripod

Sony A6000 mirrorless dan Sigma 16mm F1.4 DC

Sekiranya anda ikut tips di atas, ditambah dengan nasib anda yang baik iaitu aktiviti magnetik di permukaan matahari tinggi, anda mampu melihat Aurora Borealis dengan mata kasar. Index yang tinggi mengeluarkan intensity cahaya aurora yang tinggi disebabkan lebih banyak interaksi dan tindak balas antara zarah dan gas di langit.

Anda dapat lihat warna hijau apabila berlaku perlanggaran zarah dengan gas oksigen. Ingat, anda hanya dapat lihat warna hijau dengan mata kasar apabila index Aurora berada pada tahap tinggi melebihi Kp3 keatas.

Tapi, sekiranya anda kurang bernasib baik, anda hanya dapat melihat cahaya seakan berwarna putih menari-nari di langit. Jangan mengeluh dulu. Ini gunanya kamera berkualiti dan tripod yang membolehkan anda untuk mengawal ISO, dan aperture dan shutter speed. Anda perlukan low light setting untuk melihat dan menangkap gambar Aurora borealis tersebut yang akan menunjukkan warna sebenar Aurora Borealis tersebut.

Kesimpulan

Apa-apa pun, kami cadangkan untuk anda berdoa banyak-banyak dan bersikap terbuka dengan sebarang kemungkinan. Alhamdulillah, tetamu Pure odyssey dikurniakan rezeki dan peluang melihat Aurora Borealis dalam setiap trip yang kami bawa setakat ini.


Alang-alang anda dah baca sampai sini, kami nak melobi anda untuk mencuba Russia sebagai destinasi anda untuk memburu Aurora Borealis. Antara sebab utama anda perlu mencuba Russia ialah:

  • Kos keseluruhan yang jauh lebih murah
  • Mata wang ruble yang lebih rendah
  • Melawat Saint Petersburg dan Moscow yang terkenal
  • Russia masih dalam kategori rare dalam kalangan rakyat Malaysia.

*Kemaskini maklumat di atas Ogos 2022: Sejak April 2022, mata wang Russian ruble adalah antara yang paling kuat berbanding beberapa matawang utama lain dari segi prestasi. Oleh itu, jangkakan kos percutian anda ke Russia sedikit meningkat.

Leave a Reply

Proceed Booking