Sebab Kenapa Kita Perlu Mengembara di Awal Usia.

Sebab Kenapa Anda Perlu Mengembara di Awal Usia.

Mengembara atau merantau sebenarnya telah sebati dalam darah anak-anak Nusantara. Manusia pertama belayar mengelilingi dunia adalah dari Nusantara, Enrique de’ Malacca atau nama melayunya Panglima Awang. Malah Hang Tuah juga dikatakan fasih sebanyak tujuh bahasa hasil daripada aktiviti pengembaraan  yang epik. Dengan semangat Panglima Awang dan Hang Tuah,  dalam artikel ini, kami kongsikan sebab-sebab, mengapa anda perlu mula keluar mengembara di awal usia, seawal menamatkan zaman persekolahan.

1. Universiti Kehidupan yang terbaik.

Tak dinafikan, anda akan atau telah ke Universiti di saat anda membaca artikel ini dan telah pun berjaya dalam hidup. Tapi, Universiti kehidupan yang anda akan lalui sepanjang pengembaraan adalah satu pengajian tambahan selain yang pernah diajar dalam kelas. Seperti dalam kelas, anda akan pelajari sosiologi, sejarah, politik, geografi, dan ekonomi tetapi dalam bentuk praktikal.

Not all classrooms have four wall

Bermula daripada perancangan trip, bajet, itinerari, penyediaan dokumen dan keperluan untuk berurusan dengan pelbagai ragam manusia adalah silibus praktikal terbaik yang anda boleh gunakan dalam kehidupan seharian di masa hadapan.

Satay ayam luar negara
Konfem kemahiran memasak makin power
2. Terokai kemahiran tersembunyi.

Anda akan terkejut dengan beberapa kemahiran yang anda akan asah sepanjang pengembaraan. Daripada perang hujah, sehinggalah pengurusan kewangan yang sangat padu. Pastinya, apabila pulang ke tempat asal, barulah anda sedar betapa mudahnya hidup di zon selesa.

a guy focusing on mending his tore backpack
Backpack rosak dalam perjalanan merentasi laluan sutera darat
3. Menguji had diri dan keluar daripada zon selesa.

Hidup ini sifatnya berkembang. Satu-satunya cara terbaik untuk melatih diri anda berkembang dengan baik adalah dengan keluar daripada zon selesa. Jangan risau, anda sebenarnya meluaskan zon selesa anda apabila sudah sesuaikan diri di luar zon selesa.

travelers meet the locals and have a good time
Jalan jalan di bazaar dan bertegur sapa dengan orang setempat
4. Perbaiki keyakinan diri.

Ini adalah pengalaman paling berharga sekiranya anda keluar mengembara di awal usia. Kurang keyakinan diri dalam kalangan graduan Universiti sangat banyak, dan tidak hairan lah sebenarnya, mengembara dapat mencantikkan lagi resume anda. Tips untuk perbaiki keyakinan diri, mengembara secara solo. 99% anda akan lebih konfiden sebab anda akan menguruskan semua perkara tanpa bantuan.

FAQ postcards upon lake wakatipu

5. Kurangkan tekanan

Sistem sedia ada yang membuatkan anda hidup untuk bekerja sememangnya memberikan tekanan pada diri dan keluarga. Menurut kajian, bercuti dan mengembara dapat mengurangkan tekanan perasaan. 89% daripada mereka yang bercuti dan mengembara dapat merehatkan minda dan emosi serta menghilangkan stress selepas sehari atau dua hari dalam trip mereka.

Bagaimana pengembaraan dapat mengurangkan tekanan? Anda akan keluar daripada rutin harian, dan berada dalam suasana yang baru dan asing membolehkan anda berkembang dari segi emosi dan minda. Seolah-olah anda menekan butang reset dalam hidup sebelum melangkah ke tangga kehidupan yang lebih mencabar.

traveling couple
Photo by Lonely Planet on Unsplash
6. Temui pasangan hidup

Anda masih single? Jangan sedih, sebaliknya ia adalah rahmat. Anda dapat mengembara ke mana saja yang anda inginkan tanpa rasa bersalah pada pasangan. Sebaliknya, anda mungkin menjumpai pasangan hidup anda sewaktu mengembara. Silap hari bulan, dapat mata biru!!

7. Kerana Kita semua mampu

Mengembara tak semestinya memerlukan wang ribuan ringgit. Bergantung kepada bajet kewangan masing-masing, anda masih boleh mengembara ke mana saja dengan syarat gaya hidup sepanjang pengembaraan mengikut kemampuan.

Salah satu cara paling murah untuk mengembara adalah dengan menggunakan peluang visa bekerja atau program sukarelawan. Negara-negara seperti New Zealand, Autralia dan Kanada mempunyai skim ‘Working Holiday Visa’ untuk rakyat malaysai d bawah 30 tahun dan 35 tahun. Sepanjang mengembara di negara ini, anda dibenarkan untuk bekerja bagi menampung kos pengembaraan anda. Silap hari bulan, selepas 6 bulan-setahun mengembara, anda pulang dengan modal untuk memulakan bisnes di Malaysia!


Ada banyak lagi sebab untuk anda keluar mengembara yang kami boleh senaraikan, tapi kali ini, khusus untuk mereka yang masih di bawah 30 tahun. Kami akan kongsikan sebab yang lebih lanjut dalam artikel yang lain. Jadi, boleh siapkan pakaian dan backpack dan jom travel!

Leave a Reply

Proceed Booking