Tiket penerbangan ke Russia dari Malaysia

*Artikel ditulis pada 2019 telah di kemaskini pada Ogos 2022 supaya kekal relevan.

Laluan Malaysia-Russia?

Hubungan Malaysia-Russia yang sudah berusia lebih 5 dekad masih belum membuahkan penerbangan terus antara Russia dan Malaysia. Namun sejak pertemuan antara presiden Russia dan perdana menteri Malaysia pada 2016, ada perbincangan mengenai laluan penerbangan terus antara Russia dan Malaysia bagi menarik lebih ramai pelancong Russia ke Malaysia.

Harap-harap beberapa tahun akan datang, Airasia/Aeroflot/S7 akan membuka laluan baru ini yang dapat memanfaatkan Russia dan Malaysia. Buat masa ini, jangan biarkan halangan ketiadaan penerbangan terus antara Malaysia-Russia membantutkan hasrat anda untuk melancong ke sana.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan beberapa syarikat penerbangan yang boleh anda pilih sebelum ke sana.

Russia Eurasia

Untuk memudahkan pembaca, kami bahagikan 3 laluan masuk ke Russia. Memandangkan Russia terlalu besar dan meliputi benua eropah dan asia, ia juga dikenali dengan benua Eurasia.

3 laluan masuk:
  • West Russia (Eropah timur)
  • Siberia Russia
  • Far East Russia

Baca artikel ini untuk gambaran kasar bila waktu terbaik untuk melawat Russia.

West Russia (Eropah timur)

Bandar utama untuk masuk ke Russia melalui arah barat adalah Moscow dan Saint Petersburg. Dari sini anda boleh memulakan pengembaraan anda ke beberapa bandar utama lain melalui pengangkutan udara atau darat, terutamanya kereta api.

**Disebabkan perang Russia-Ukraine 2022, dan sekatan ekonomi yang dikenakan barat terhadap Russia, beberapa laluan dan pilihan penerbangan di bawah tidak dapat diakses.
Hub transit

Sekiranya anda bercadang untuk mendarat di Moscow atau St Petersburg, antara hub transit utama adalah:

  1. Timur Tengah – Emirates, Etihad, Qatar Airways
  2. Singapore – Singapore Airlines (penerbangan ke Moscow digantung sementara)
  3. Astana/Almaty – Air Astana ( Penerbangan ke Kuala Lumpur masih belum disambung)
  4. Bangkok – Thai Airways (penerbangan ke Moscow digantung sementara)
  5. Istanbul – Turk Hava Yollari
  6. Hanoi – Vietnam Airlines (penerbangan ke Moscow digantung sementara)
  7. Phuket – Aeroflot (penerbangan ke Moscow digantung sementara)
  8. Krabi – Norwegian Air (ditamatkan)

Daripada senarai nombor 1 hingga 5, semua penerbangan adalah daripada syarikat premium dan anda boleh berlepas dari Kuala Lumpur tanpa masalah untuk mengeluarkan bagasi sewaktu transit.

singapore airline flying under grey cloud
Singapore Airline flying high
Premium Airlines

Sekiranya anda memilih untuk tidak bersusah payah sewaktu transit, serta kos penerbangan tidak menjadi persoalan, syarikat-syarikat penerbangan nombor 1-5 boleh menyelesaikan masalah anda.

Rata-rata kos dua hala ke Moscow atau St Petersburg menggunakan syarikat premium ini adalah RM4000-5000

Ya, dengan Pure Odyssey, anda akan diterbangkan menggunakan Air Astana atau Thai Airways.

Hanoi

Vietnam Airline juga menghubungkan antara Kuala Lumpur dan Moscow melalui Hanoi. Pada harga normal antara RM2200-3500, Vietnam Airlines yang juga merupakan penerbangan full-service agak berpatutan dengan kualiti servis dan tempoh transit yang perlu anda hadapi di Hanoi.

Phuket

Untuk backpackers, atau anda yang ingin berjimat, kami cadangkan anda cari penerbangan dari Phuket atau pun Krabi.

Aeroflot ada penerbangan terus antara Moscow dan Phuket dan kos penerbangan dua hala secara purata ialah RM2500. Paling murah kami pernah dapat ialah RM1800. Tapi anda perlu ke Phuket dahulu dari Malaysia, dan perlu pertukaran penerbangan secara manual. Kos dua hala Airasia Kuala Lumpur dan Phuket lebih kurang RM200.

Jadi, secara kasarnya, belanja untuk tiket penerbangan antarabangsa ialah RM2000-3000.

Aeroflot juga termasuk dalam kategori premium airlines menyediakan full sevice onboard.

Paling dahsyat kami pernah jumpa ialah penerbangan Rossiya Airline antara Moscow dan Phuket, iaitu hanya RM200 sehala. Rossiya Airline mengendalikan penerbangan ke Phuket secara seasonal. Yang ni memang bergantung pada nasib.

Krabi

Manakala dari Krabi pula, backpackers boleh cuba buru tiket promosi oleh Norwegian Air ke Copenhagen/Oslo/Stockholm. Trick ini lebih kepada jalan masuk ke Eropah. Dari Scandinavia anda boleh cari penerbangan tambang murah ke mana-mana destinasi di Eropah, termasuk lah Moscow atau St Petersburg. Yang terbaik adalah ke Helsinki, Finland. Kemudian menggunakan laluan keretapi ke St Petersburg.

Secara kesimpulan, laluan masuk ke Russia Eropah:
DariDirect/TransitPenerbanganKos Pergi-Balik
Kuala LumpurUAEEmirates AirlinesRM4000-5500
Kuala LumpurQatarQatar AirwaysRM4000-5500
Kuala LumpurAbu DhabiEtihad AirwaysRM4000-5500
Kuala LumpurSingaporeSIngapore AirlinesRM4000-5500
Kuala LumpurAlmatyAir AstanaRM4000-5500
Kuala LumpurIstanbulTurkish AirlinesRM4000-5500
Kuala LumpurBangkokThai AirwaysRM4000-5500
Kuala LumpurRiyadhSaudiaRM4000-5500
PhuketDirectAeroflotRM1800-2500
KrabiScandinaviaNorwegian Air(Oktober-March)RM1200-2800

*Jangan risau, ini adalah harga normal. Harga promosi akan jadi jauh lebih murah, tapi untuk tahu bila jualan promosi syarikat penerbangan, jangan lupa Subscribe dan follow kami. Kami akan kongsikan peluang-peluang yang ada untuk anda.

Siberia Russia

Port utama untuk masuk ke arah Russia tengah atau Siberia ialah Novosibirsk dan Irkutsk. Namun kami lebih suka menggunakan laluan masuk Irkutsk disebabkan kedudukan nya yang dekat dengan Lake Baikal. Destinasi wajib yang patut anda lawati.

Melalui laluan ini, penerbangan pilihan kami adalah S7 Airlines. (Premium FSC airline). *Anda boleh memilih untuk tidak mendaftar masuk bagasi.

Laluan Penerbangan S7 Airlines dari Asia Tenggara ke Irkutsk (*S7 airlines masih belum menyambung laluan antarabangsa ke asia)
DariDirect/TransitCode shareKos Pergi-Balik
PhuketDirect (Isnin)~ RM1500-2500
Kuala LumpurBangkok/Beijing/HongkongMAS/Dragon Air~ RM2500-3000
Nha TrangDirect (Khamis & Ahad)~ RM1200-2000

Dari Irkutsk dan Novosibirsk, penerbangan domestik Russia tidaklah terlalu mahal dibandingkan dengan jarak penerbangan. Atau, anda boleh cuba menggunakan keretapi merentasi siberia ke arah barat (Moscow) mahupun timur (Vladivostok) melalui Trans-siberia.

Far East Russia

Kawasan Far East Russia terletak jauh di asia pasifik dan antara bandar utama yang mempunyai jaringan perhubungan antarabagsa ialah Vladivostok, Ula-ude dan Petropavlosk-Kamchatka.

Dari Kuala Lumpur, anda boleh cuba penerbangan S7 Airlines untuk ke Vladivostok melalui Bangkok, Hong Kong atau Beijing.

volcano in kamchatka region
Gunung berapi di Kamchatka Russia

Anda boleh mulakan perjalanan Trans-Siberian dari bandar Vladivostok. Ataupun terbang ke Semenanjung Kamchatka untuk wildlife nature yang lebih epik.


Kesimpulan

Laluan masuk yang dicadangkan dalam artikel ini adalah antara laluan masuk utama antarabangsa dan merupakan hub transit yang popular untuk penerbangan domestik, selain tempat tumpuan pelancong.

Sekiranya anda mencari harga penerbangan promosi, jangan lupa untuk membeli tiket lebih awal dan semasa syarikat penerbangan membuat jualan. Jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat harga yang jauh lebih murah daripada yang kami kongsikan di atas, iaitu pada harga normal.

Jangan risau, tak perlu susah dan peningkan kepala anda. Join trip Pure Odyssey, dan semuanya diuruskan. Anda hanya bercuti!

Leave a Reply

Proceed Booking