Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com
Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com

Aktiviti Percuma di Moscow

Kekangan bajet?

Kami faham tak semua orang melancong dengan bajet yang tinggi. Sekiranya anda melancong ke Russia dengan bajet sederhana ke tinggi, anda tak mempunyai sebarang masalah untuk memenuhi aktiviti harian anda di Moscow. Namun sekiranya anda adalah backpacker, jangan risau, Pure Odyssey kongsikan aktiviti-aktiviti yang tidak membuat poket anda berlubang teruk.. ha3…

Okay, satu masalah utama anda telah pun selesai dengan jaringan pengangkutan awam di Moscow yang sangat effektif. Anda boleh melawat banyak tempat menggunakan pengangkutan awam.

1. Red Square
Red Square at night
Red Square dari jauh

Red Square, jatuh kategori WAJIB sekiranya anda berada di Moscow. Tiada gambar Red Square = anda tak sampai Moscow! Medan ini merangkumi Katedral St. Basil, Moscow Kremlin, GUM Mall, State Historical Museum, dan Nikolskaya Street. Bergantung dengan bila anda lawat Moscow, Red Square selalunya menjadi host bagi pelbagai acara tahunan Moscow seperti Victory Parade dan Christmas market.

2. Alexander Garden
garden near sunset
Alexander garden sewaktu hujung musim sejuk

Alexander garden berada bersebelahan dengan laluan masuk ke Moscow Kremlin. Di sini anda boleh lihat Tomb of The Unknown Soldier yang dikawal oleh Guard of Honour. Upacara pertukaran pengawal dilakukan setiap jam.

3. Kremlin Di Izmailovo
Izmailovo Kremlin
Kremlin di Izmailovo

Kremlin ini terletak di daerah Izamilovo dan bersebelahan dengan Kremlin adalah flea market untuk anda bawa pulang cenderahati dari Moscow. Masuk ke dalam Kremlin ini adalah percuma. Kremlin di sini jauh lebih kecil berbanding di tengah kota Moscow.

4. VDNKh Park
VDNKh Park. Gambar ihsan VDNKh.

Taman ini adalah integrasi antara alam dan senibina Soviet. Di sini, anda dapat lihat taman yang dilengkapi dengan beberapa pavilion, pancutan air, muzium kosmonaut, roket dan kapal angkasa Buran, dan moskvarium, iaitu aquarium moscow. Pada musim sejuk, terdapat hampir 3 ice-skating rink untuk hiburan anda.

5. Victory Park
Victory park
Victory Park di Moscow

Victory park atau Pobedy park ini didedikasikan buat kemenangan Russia dalam Perang Dunia Kedua. Taman ini memberikan peringatan teguh mengenai keperitan yang dialamai oleh Russia sepanjang perang. Anda dapat lihat tugu setinggi 142meter dan sebuah muzium memorial perang. Anda juga akan disajikan dengan pelbagai ukiran dan tugu yang menggambarkan peristiwa sepanjang WWII.

6. Eksplorasi dunia bawah tanah Moscow
moscow metro station
Stesen metro di Moscow

Seperti yang anda tahu, jaringan sistem pengangkutan awam di Moscow sangat effisien. Bukan itu saja, Stesen-stesen metro di Moscow adalah yang terbaik senibinanya. Anda boleh melakukan eksplorasi stesen-stesen metro dan menyangka bahawa anda sedang melawat muzium bawah tanah. Silap hari bulan, anda boleh menghabiskan masa sehari suntuk di bawah tanah saja.

7. Tinjauan dari Sparrow Hill
Tulips bed at Moscow state university
Tulip di dataran berhadapan universiti

Sparrow hill terletak betul-betul berhadapan dengan Lomonosov Moscow State University. Di sini anda akan dapat pemandangan bandar Moscow dan sungai Moscow. Berdepan dengan universiti, medan ini akan dipenuhi dengan bunga tulip dan pancutan air semasa musim bunga dan awal musim panas. Disini lah terletaknya bangunan akademik tertinggi di dunia.

8. Tsaritsyno Park
old castle at a park
Istana di Tsaritsyno

Tsaritsyno park adalah taman yang dalamnya terletak sebuah istana. Menariknya, istana ini dibina semasa zaman Empress Catherine The Great, namun setelah siap, Catherine tidak berkenan dengan hasil binaan istana, lalu dititah untuk diroboh, dan dibina semula. Pertengahan jalan pembinaan kedua istana ini berjalan, Catherine The Great telah mangkat dan usaha dihentikan sehinggalah beberapa dekad yang lalu. Kerajaan Russia meneruskan saki baki pembinaan dan menjadikan istana ini sebagai sebuah muzium.

9. Gorky Park
Gorky park pada musim sejuk

Gorky Central park ini dibina pada tahun 1928 dan terletak bersebelahan sungai Moscow. Taman ini berfungsi sepanjang tahun termasuk musim sejuk. Pada musim panas orang tempatan akan berjemur di kawasan ‘pantai’ taman ini dan pada musim sejuk, ice skating rink akan dibuka. Bukan tipikal rink bulat tetapi, anda boleh luncur ais melalui celah-celah laluan sepanjang taman ini.


Konklusi

Ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan semasa berada di Moscow. Kami jamin, anda pasti berpuas hati walaupun lawatan hanya sekadar di luar tembok, apatah lagi sekiranya anda pilih full-experience.

Leave a Reply

Proceed Booking