Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com
Chat with us Contact-us@thepureodyssey.com

Tempat menarik yang Patut Dilawati di Russia

Tempat menarik yang Patut Dilawati di Russia

Russia bukan sekadar Saint Petersburg atau Moscow. Walaupun Russia merupakan sebuah negara, dan seringkali kami mendapat komen seperti “saya boleh cover 5 negara di Eropah untuk sekian-sekian bajet atau masa berbanding satu negara sahaja di Russia”, hakikatnya, jumlah jarak antara bandar di Russia sebenarnya melebihi keseluruhan benua eropah yang kecil.

Kami kongsikan beberapa bandar yang kami secara peribadi berpendapat sangat menarik untuk dilawati. Artikel ini akan memudahkan anda membuat keputusan dan kaji selidik mengenai Russia sekiranya anda merancang untuk mengemnbara ke Russia nanti.

Ps: kami akan sentiasa update artikel ini dengan penambahan beberapa tempat yang kami rasakan menarik apabila kami telah menjejakkan kaki di sana.

9. Yekaterinburg
Yekaterinburg- tempat menarik patut dilawati di Russia
Bandar Ekaterinburg

Yekaterinburg diberi jolokan sebagai Window to Asia, sepertimana Saingt Petersburg digelar Window to Europe. Kedudukan bandar ini berdekatan pergunungan Ural yang memisahkan benua Asia dan Eropah membuatkan bandar ini agak menarik selain daripada sejarahnya juga.

Secara ringkasnya, di sinilah dimana keluarga Tsar Russia yang terakhir (Nicholas II) di bunuh oleh pemerintah Bolsheviks setelah digulingkan dan dibuang negeri.

Di sini ada sebuah Obelisk yang dibina betul-betul pada koordinat yang memisahkan dua benua Asia dan Eropah. Jadi untuk anda yang nak dramatik sikit, boleh la berdiri sebelah kaki di beua Eropah dan sebelah lagi di benua Asia. Jarang orang bergambar di dua benua berbeza pada satu masa yang sama, kan?

Sesuai la untuk pengembara yang dalam perjalanan Trans-Siberian untuk berhenti day-trip sebentar di sini.

8. Krasnoyarsk
Siberian taiga view from the top of mountain
Pemandangan Siberian taiga dari puncak di Stolby Nature reserve

Krasnoyarsk adalah bandar yang terletak di siberia, dan merupakan bandar ketiga terbesar di Siberia selepas Novosibirsk dan Omsk. Kalau anda dalam perjalanan merentasi Russia dalam pengembaraan Tran-Siberia, anda boleh la singgah di Krasnoyask yang hanya semalaman perjalanan keretapi dari Irkutsk.

Krasnoyarsk dahulunya merupakan sebuah bandar tertutup pada zaman soviet. Dalam erti kata lain, ia menyimpan seribu satu rahsia mengenai Russia dari pelbagai sudut terutamanya sejarah. Singkap sejarah lampau era Soviet dengan berjalan-jalan sekitar bandar sebelum menyambung perjalanan Trans-Siberian anda.

Tapi kalau anda bukanlah peminat sejarah, jangan risau, kedudukan Krasnoyarsk adalah betul-betul dekat dengan alam. Anda boleh layan Sungai Yenisei yang menjadi nadi bandar ini atau melawat Stolby Nature Reserve dan lihat sendiri Siberian taiga dari puncak gunung.

7. Republik Karelia
Ruskeala marble lake
Ruskeala Marble Lake

Karelia terletak di utara Saint Petersburg bersebelahan dengan Finland. Republik Karelia kaya dengan keindahan alam semula jadi, serta dipenuhi dengan tasik. Anda boleh ke Petrozavodsk dan melawat Kizhi Island atau ke Vyborg dan Sortavala, seterusnya ke Ruskeala. Petrozavodsk, Vyborg, dan Sortavala boleh diakses menggunakan keretapi dari Saint Petersburg.

6. Kazan, Republik Tatarstan
Qul Sharif masjid
Masjid Qul-Shariff

Dikenali sebagai bandar ke-3 Russia selepas Moscow dan Saint Petersburg, Kazan juga dipanggil ‘Istanbul of Volga’. Disebabkan oleh pertembungan antara budaya Asia dan Eropah di Sungai Volga. Penduduk muslim di Kazan meliputi hampir 35%, iaitu diwarisi sejak zaman Kesultanan Kazan, sebelum ditakluk oleh Ivan the Terrible, raja Russia ketika itu.

Di sini, anda boleh melawat Kremlin Kazan yang di dalamnya terletak Masjid Qul-Sharif dan gereja secara bersebelahan.

5. Murmansk

Murmansk terletak jauh ke utara, menghadap lautan artik dan hampir 200km dengan sempadan Norway. Disini anda mugkin boleh ‘tick’ salah satu bucket list anda, iaitu pengalaman melihat Aurora Borealis. Anda boleh datang ke sini bermula daripada bulan September sehingga April untuk Aurora hunting.

Aurora Hunting di Murmansk

Jangan lupa ke Teriberka dan lihat sendiri laut Barent iaitu sebahagian drpd laut Artik. (Mungkin anda boleh masukkan berendam dalam pelbagai lautan dunia sebagai salah satu bucket list terbaru anda).

Tidak jauh dari Teriberka, anda boleh melawat perkampungan suku kaum Saami. Di sini anda boleh bermain dengan reindeer ala Frozen Disney, dan lihat cara hidup orang Lapland dengan lebih dekat.

4. Crimean Peninsular

Crimea terletak di selatan Ukraine, iaitu di Laut Hitam. Seperti Republik Karelia, Crimea juga kaya dengan keindahan alam semula jadi, ditambah dengan cuaca beriklim subtropika. Senang cakap, iklim macam kita, panas dan lembap, ditambah dengan kehadiran winter and just nice.

Crimea yalta

Tapi ingat, Crimea sekarang dibawah kuasa Russia, tetapi juga dituntut oleh Ukraine. Kalau anda nak masuk Ukraine kemudian hari, elok anda tangguhkan dulu hasrat untuk ke Crimea melalui Russia.

Ps: sejarah panjang di Crimea juga sangat menarik dan satu ketika dahulu Crimea mempunyai Kesultanan Crimea yang tersendiri.

3. Irkutsk, Siberia

Sekiranya anda bercadang untuk menjelajah Russia melalui Trans-Siberia, anda pasti akan lalui bandar Irkutsk ini. Jangan lupa untuk berhenti sekurang-kurangnya 3 malam. Supaya anda boleh mengambil masa melawat dan meneroka Tasik Baikal.

Tasik Baikal adalah tasik terbesar mengikut isipadu dan terdalam di dunia. Ia beku dengan ketebalan hampir 1 meter di kemuncak musim sejuk. YA, anda boleh teroka dengan jeep, atau bermain ice-skating di gelanggang Ice-Skating terbesar di dunia.

Jangan risau, musim panas di Tasik Baikal juga tak kurang hebatnya.

2. Saint Petersburg.
Flower in beautiful saint petersburg city
Bandar Saint petersburg yang cantik

Bandar ke-2 Russia ini kaya dengan sejarah, budaya, dan pusat kesenian di Russia. Di sini terletaknya beberapa Istana utama semasa zaman Empayar Russia yang diketuai oleh Tsar atau Empress.

Winter Palace and Hermitage Museum
Winter palace & State Hermiage Museum

Winter Palace yang termasuk dalam bangunan muzium Hermitage adalah muzium kedua terbesar di dunia dan mempunyai hampir 3 juta bahan pameran. Jangan lupa juga untuk melawat Catherine palace dan Petergof Palace.

Kami cadang anda ambil masa untuk menikmati Saint Petersburg sekurang-kurangnya 2-3 malam.

1. Moscow
traveling to Russia: St basil's cathedral on the red square moscow russia
St Basil’s Cathedral di Red Square Moscow

Ibu negara Russia ini, kami tak dapat keluarkan daripada kedudukan pertama.

Anda mesti pergi ke Moscow sekiranya ke Russia eropah. Lihat sendiri Moscow Kremlin yang gah berdiri sejak berzaman, dan dikatakan tempat tinggal Presiden Russia.

Di dataran revolusi, atau Red Square, kami jamin anda pasti kagum dengan seni binaan dan pemandangan St Basil Cathedral dengan kubah berbentuk bawang berwarna-warni.

VDNKh park at night
Colourful fountain in VDNKh park at night

Moscow juga boleh dikatakan agak hijau, banyak taman yang anda boleh singgah. Bergantung pada musim, anda akan dapat pemandangan yang berbeza. Surprise!!!


Konklusi

Secara jujurnya, kami sarankan anda melawat sekurang-kurangnya satu kawasan / negeri lain selain daripada ke Moscow dan St Petersburg (dua bandar ini, wajib) supaya anda dapat tengok Russia dari sudut pandang yang lain.

Jangan lupa, rajin-rajin lah singgah ke sini. Kami akan update tempat-tempat yang berbaloi untuk dilawati di Russia.

1 Response

Leave a Reply

Proceed Booking