Menarik di Kazan, Republik Tatarstan

with No Comments

Apa yang patut anda buat di Kazan?

Kazan dikenali dengan bandar ketiga Russia selepas Moscow dan St Petersburg. Terletak di pertemuan antara Sungai Volga dan Sungai Kazanka, bandar Kazan ialah ibu negeri bagi Republik Tatarstan. Sebelum berada di bawah pemerintahan Empayar Russia, Kazan merupakan ibu negeri wilayah Kazan Khanate.

Sekiranya anda berkesempatan untuk melawat Kazan, ada beberapa tempat menarik yang anda wajib lawati sepanjang berada di sana.

Kazan Kremlin

Kazan Kremlin. Menarik di Kazan
Kazan Kremlin

Seperti bandar lain di Russia, kewujudan kremlin di tengah bandar bukanlah sesuatu yang asing, termasuk Kazan. Mulakan lawatan bandar anda dengan menghayati kisah silam Kazan di Kazan Kremlin. Kazan Kremlin menempatkan bangunan-bangunan utama kerajaan silam seperti Annunciation Cathedral, Masjid Qul-Shariff, Menara Soyembika, muzium-muzium dan Kazan Hermitage.

Anda boleh berjalan dalam kremlin sekadar sejam atau sekiranya anda melawat muzium-muzium, akan mengabil masa separuh hari.

2. Masjid Qul-Shariff

a mosque at dusk. menarik di kazan
Masjid Qul-Shariff dikala senja

Kami sarankan untuk datang melawat Masjid Qul-Shariff pada waktu siang dan datang semula kemudian semasa matahari terbenam.

3. Menara Soyembika

Soyembika tower, a leaning tower in russia
Menara Soyembika

Legenda mengenai menara ini berkisar mengenai kisah Ivan the terrible yang tertawan dengan kecantikan Ratu Soyembika Kazan dan melamar baginda ratu. Ratu Soyembika meletakkan syarat agar menara 7 tingkat dibina dalam masa tujuh hari. Setelah tujuh tingkat menara dibina, dan pada hari perkahwinan tersebut, ratu terjun dari tingkat tujuh menara tersebut kerana tidak rela dikahwini penjarah negerinya.

Namun, lagenda ini hanya sekadar lagenda kerana Ratu Soyembika sebenarnya dikurung oleh Muscovite sehingga hari kemangkatannya.

4. Baumann Street

Baumann Street, Kazan
Baumann Street.

Selesai daripada lawatan di kremlin, masa untuk membeli-belah cenderahati di sekitar Baumann Street. Daripada kedai cenderahati ke restoran mewah ada di sepanjang laluan ini. Dan anda kalau anda bernasib baik, mungkin anda dapat bezakan wajah etnik tatar dan etnik russia sewaktu berjalan-jalan.

5. Cuba makanan tradisional Tatarstan.

tatar traditional food
Peremyach (pastri daging cincang)

Alang-alang dah berada di sekitar Baumann Street, cuba salah satu kedai halal yang terdapat disini dan pesan juadah tradisional masyarakat Tatarstan seperti echpochmak, smetannik, peremyach, dan baursak. Jangan risau, makanan halal di Tatarstan adalah antara yang paling mudah dijumpai selain daripada kawasan Kaukasus utara Russia, dan Crimea.

6. Tatarskaya Sloboda

Lawati muzium tatar untuk mempelajari kebudayaan dan tradisi Tatar. Kawasan penempatan ini masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan mereka yang asal walaupun setelah diasimilasi ke empayar Russia.

7. Agricultural Palace

Bangunan palace of farmers ini menempatkan kementerian pertanian. Binaannya mungkin menarik buat pelancong asing, namun masyarakat tempatan membantah binaan berlebihan ini sepanjang proses pembinaannya. Apa pendapat anda?

8. Kremlyovskaya Embankment

Jalan-jalan sekitar Kazan

Sekiranya anda berada di Kazan untuk dua malam, pastikan anda juga melawat kawasan tambak kremlin ini pada waktu senja, selain daripada pemandangan di masjid Qul-Shariff. Anda takkan menyesal. Sama-sama.

9. Kazan Family Centre

Kazan, Republic of Tatarstan, Russia. View of the Kazan Kremlin with: Presidential Palace, Soyembika Tower, Annunciation Cathedral, Qolsharif Mosque from the Kazanka River.
Kazan Kremlin dari jauh

Pejabat pendaftaran ini yang terletak disebalik sungai Kazan ini adalah sudut terbaik untuk anda bergambar dengan Kazan Kremlin dari jauh.

10. Temple of all Religions

temple of all religions
Temple of all religions

Bangunan ini sebenarnya hanya sekadar simbolik bagi meraikan kepelbagaian agama, budaya, dan latar belakang yang menjadi kebanggaan masyarakat Kazan. Tidak pernah digunakan untuk sebarang ritual keagamaan.


Kesimpulan

Itulah sedikit sebanyak perkara menarik yang boleh anda buat sepanjang di Kazan. 2 malam di Kazan sudah lebih daripada mencukupi. Tapi sekiranya anda mempunyai banyak masa dan suka mengembara lebih mendalam, mungkin anda boleh cuba melawat kota silam Bolghar.