Waktu Terbaik untuk Travel ke Russia

with No Comments

Waktu Terbaik ke Russia?

Nak travel ke Russia, tapi tak pasti bila? Waktu terbaik untuk travel ke Russia tak lah semudah jawapan seperti ke negara 4 musim yang lain, sebab:

  • Russia sangat besar.
  • Russia agak jauh.
  • Russia sangat sejuk.

Pure Odyssey akan cuba yang termampu merungkai waktu terbaik untuk travel ke Russia.

Mei hingga Oktober

Secara umumnya, bulan Mei hingga Oktober adalah musim bercuti ke Russia. Sepanjang waktu ni, cuaca di Russia (Moscow & Saint Petersburg) adalah sangat baik. Seperti negara 4 musim yang lain,waktu ini adalah musim bunga, panas dan permulaan musim luruh.

Fountain at Petergof Palace
State of the Art Fountains di Petergof Palace

Ini lah waktu dimana tempat-tempat seperti Petergof, Catherine Park dan terusan sekitar Saint Petersburg selesa dikunjungi. Cuaca musim panas yang baik menyerlahkan seri di tempat-tempat ini.

Sementara ramai yang suka berkunjung semasa musim bunga, kami nak ingatkan anda yang musim bunga di Russia sangat pendek. Iaitu antara 2 minggu hingga sebulan bermula awal Mei.

Pink coloured tulip in Moscow
Tulip di Moscow

Jadi sebenarnya agak susah nak tangkap musim bunga di Moscow & Saint Petersburg yang ‘perfect’. Sebab, awal musim ini, ais mencair, jalan penuh dengan lecah dan kotor. Tulip pula berkembang dan layu dalam masa 2 minggu sahaja.

Di kemuncak musim panas, bulan Jun, akan ada fenomena White Night di Saint Petersburg. Alami malam yang seakan senja disebabkan matahari yang tidak terbenam sepenuhnya di ufuk.

Neva river, saint petersburg at golden hour
Boat cruise sepanjang Neva river

Tapi kena ingat, musim panas adalah musim cuti di sekitar Eropah. Sepanjang musim panas ini, anda akan dapati Moscow, dan Saint Petersburg sangat padat dengan pelancong samada dari dalam dan luar Russia.

Kemuncak musim panas, kos penginapan kadangkala meningkat sebanyak sekali ganda. Bayangkan harga normal twin bedroom yang hanya RM200 menjadi RM500 untuk satu malam!

Kami syorkan untuk melawat Russia pada bulan Mei, atau Ogos hingga Oktober jika bajet kewangan terhad.

November hingga April

Musim sejuk di Russia sangat lama dan SEJUK. (seriously).

November di Russia adalah mulanya musim sejuk, dan sesetengah bandar dah pun bersalji. Purata suhu di bandar2 Russia adalah bawah 5 darjah celcius pada bulan November.

Matahari terakhir sebelum Polar Night, Murmansk

Kalau anda bercadang untuk memburu Aurora Borealis di Russia, ini lah waktu terbaik ke Russia iaitu sepanjang musim sejuk. Anda boleh ke Murmansk atau bandar Norilsk. Senang cakap, musim sejuk bukanlah peak season kecuali di bandar ski resort.

a guy standing by, amazaed by the dancing nortehrn light

Tapi kena ingat, hujung Disember hingga minggu kedua Januari adalah peak season, iaitu, cuti akhir tahun dan krismas di Russia. Jadi kos penginapan dan penerbangan sangat lah mahal pada waktu ini.

Yang best nya pada muism sejuk ini, pelancong tak ramai dan anda akan alami sendiri Russian Winterland.

Kami tahu, orang Malaysia memang suka sangat main salji, tapi nak sejuk macam Genting Highlands…eh??

Bajet Rendah

Untuk backpackers, kami cadang waktu terbaik untuk melawat Moscow, Saint Petersburg dan Kazan adalah pada bulan April/Mei dan November.

Winter Palace and Hermitage Museum
Winter Palace & State Hermitage Museum

Waktu ini, harga penginapan paling rendah dan banyak. Pelancong paling kurang.

Cumanya, waktu ini banyak kerja-kerja pembaikan atau persediaan untuk musim berikutnya sedang berjalan.

Pemandangan mungkin tak secantik seperti musim panas dan musim sejuk sebenar, tapi kami jamin, anda masih dapat menikmati pengalaman Russia dengan baik.


Konklusi

Kami cuma nak bagi tahu yang Russia ni sesuai untuk dilawati sepanjang tahun, bergantung pada apa yang anda cari dan bajet yang anda sanggup berbelanja.

Kalau tak nak susah-susah fikir, tengok itinerari-itinerari yang kami cadangkan.

You can Do It Yourself OR come with US!!!