Cara Memohon Visa Pelancong Ke Russia

with No Comments

Step-by-Step Memohon Visa Pelancong Ke Russia

Time needed: 14 days.

Okay, untuk penuhi impian anda melawat Russia, anda perlukan visa untuk melawat Russia. Sebelum itu, anda perlukan Invitation Letter untuk memohon visa pelancong ke Russia. Prosedur yang kelihatan agak berserabut dan memakan masa ini adalah punca utama ramai yang letak hasrat melawat Russia ke tepi.
 
Usah risau, kami akan bimbing anda langkah demi langkah untuk memohon visa ke Russia.

  1. Invitation Letter atau Tourist Voucher

    – Dapatkan Invitation Letter atau Tourist Voucher dari mana-mana agensi pelancongan dari Russia. Anda boleh google dan beli secara online.
    – Isikan maklumat seperti nama penuh, tarikh untuk ke russia, bandar-bandar yang akan dilawati, dan maklumat passport.
    – Kos bagi voucher/invitation letter ini lebih kurang RM150-200 bergantung kepada agensi yang anda pilih.
    : Ivisa
    : Russiau
    – Anda akan menerima voucher ini di alamat email secepat 5 minit – sehari bergantung pada agensi yang anda beli.
    – Print satu salinan voucher tersebut
    – Take note nombor voucher yang terdapat di bahagian atas voucher. russia tourist voucher

  2. Isi borang permohonan Visa

    – Isi borang permohonan visa pelancong di laman web berikut
    – Anda perlu mengisi nombor voucher pada borang permohonan dan isikan maklumat lengkap yang selebihnya. Pastikan jumlah hari di Russia tidak melebihi 30 hari bagi permohonan visa pelancong, single-entry.
    – Submit dan print satu salinan borang permohonan yang lengkap .
    – Lekatkan satu gambar passport pada borang yang lengkap dan tandatangan.russia visa application form

  3. Hantar passport dan borang permohonan

    – Kepilkan bersama passport anda yang sah untuk 6 bulan daripada tarikh anda ke Russia, dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 mukasurat kosong dengan borang permohonan lengkap serta voucher pelancong.
    – Hantar secara walk-in ke pejabat konsular, Duta Russia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sama ada pada hari Isnin, Rabu atau Jumaat antara 9.30 pagi ke 12.30 tengah hari sahaja.Russian embassy in KL

  4. Buat pembayaran

    – Sekiranya tiada sebarang kesalahan pada borang yang diisi, anda akan diminta untuk membuat pembayaran ke akaun pejabat Duta Russia.
    – Kos sebanyak RM360 bagi visa pelancong, single-entry yang laku selama maximum 30 hari bergantung pada tarikh anda mohon pada borang.
    – Anda boleh membuat pembayaran di Maybank yang terletak 150 meter dari pejabat Duta Russia.

  5. Tarikh kutipan semula

    – Setelah pembayaran selesai dan resit diberi pegawai di pejabat konsular Duta Russia, anda akan menerima tarikh untuk kutipan passport anda.
    – Selalunya, mengambil masa antara 10-15 hari untuk visa pelancong anda siap.
     

  6. Semak maklumat Visa

    – Semasa memungut passport anda beserta dengan visa pelancong, pastikan anda menyemak butiran-butiran pada visa anda.
    – Pastikan semuanya tepat sebelum beransur daripada pejabat konsular.
    Russian tourist visa

  7. Kemas Bag

    – Kemas pakaian dan beli tiket penerbangan anda Russia.

Macam mana? Prosedur permohonan visa ke Russia tidaklah susah dan tidaklah terlalu mudah, tapi anda boleh melakukannya sendiri sekiranya anda mempunyai masa dan ingin berjimat.

Sekiranya anda tidak selesa untuk memohon sendiri, anda boleh hubungi agensi sekitar Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan permohonan visa ke Russia. Rata-rata kos agensi ini bermula serendah RM700 untuk visa pelancong single entry.

Jumpa Anda Di Russia!!!

Idea untuk anda melawat Russia