Sebab Anda Perlu Travel Ke Russia.

with No Comments

Travel ke Russia

Ramai yang teringin untuk travel ke Russia. Tapi dengan gambaran bahawa Russia terlalu jauh, negara tertutup dan halangan bahasa, ramai juga yang padam impian untuk menjejakkan kaki ke sana.

Pure Odyssey faham yang sedikit suntikan diperlukan untuk meyakinkan anda supaya meneruskan impian tersebut. Kami akan kongsikan sedikit, sebab kenapa anda perlu travel ke Russia:

1. Russia adalah negara terbesar di dunia.

Tahukah anda yang negara Russia meliputi benua eropah dan juga Asia, dikenali dengan Eurasia. Bayangkan penerbangan dari kota Moscow di Eropah ke Semenanjung Kamchatka di Asia-Pasifik mengambil masa hampir 9 JAM!!!

Hampir sama dengan jarak antara Kuala Lumpur ke Auckland!!!

2. Russia kaya dengan sejarah.

Victory park
Victory Park, Moscow

Sekiranya anda melancong untuk mempelajari dan menghayati sejarah setempat, Russia adalah negara yang penuh dengan sejarah. Dalam masa satu abad, Russia berubah daripada sebuah Empayar yang dikuasai oleh Tsar, ke Republik Soviet, ke Soviet Union dan sekarang sebuah Federasi Russia yang diketuai oleh Presiden

3. Moscow adalah antara kota terbesar di Eropah.

Moscow city with the seven sister on sight
Bangunan The Seven Sisters di Sungai Moscow

Pada kedudukan nombor 2 dibelakang Istanbul, kota Moscow dihuni oleh 12 juta penduduk dan keluasan bandar adalah 55 km dari hujung ke hujung. Kalau anda pening dengan kesibukan di Kuala Lumpur, bayangkan kota Moscow. Namun, anda tak perlu risau kerana sistem pengangkutan di Moscow yang effisien membawa kita ke poin seterusnya.

4. Sistem metro yang effisien dan senibina yang mengagumkan

Metro in moscow with beautiful architectural design
Stesen metro di Moscow

Memandu di Moscow boleh menjadi mimpi ngeri buat mereka yang tidak biasa. Nasib baik, sistem pangangkutan jalan di bandar-bandar utama Russia sangat effisien dengan jarak frekuensi paling lambat adalah 15-20 minit. Kalau anda terlepas metro, usah risau, gerabak seterusnya akan tiba dalam masa satu minit setengah kemudian.

Seni bina stesen metro di Moscow dan Saint Petersburg adalah yang tercantik di dunia, bagi pandangan kami. Bayangkan stesen ini seakan-akan muzium terbuka, sangat bersih dan tiada bau hancing!

5. Alam semulajadi yang mempesonakan

a guy standing by, amazaed by the dancing nortehrn light
Aurora Borealis di Russia

Russia bukan sahaja Moscow dan Saint Petersburg semata-mata. Dengan keluasan Russia, ia juga menyajikan anda dengan pengalaman bersama alam yang menakjubkan. Antara kegemaran kami adalah memburu Aurora Borealis di Murmansk dan eksplorasi Tasik Baikal yang beku semasa musim sejuk.

Tasik Baikal merupakan tasik terbesar dan terdalam di dunia. Terletak di Siberia, berdekatan dengan bandar Irkutsk, kawasan ini berada dalam garis waktu yang sama dengan Malaysia. Lake Baikal dan Murmansk adalah tempat wajib dilawati bagi pencinta alam sekiranya ke Russia.

6. Destinasi sepanjang tahun

Soalan biasa sebelum anda ke mana-mana negara adalah, bilakah waktu yang sesuai untuk dilawati? Russia sesuai dilawati sepanjang tahun bergantung kepada apa yang anda hajati. Setiap musim di Russia mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Musim Panas : Fenomena White Night, cuaca yang sangat baik, dan pemandangan hijau.

Musim luruh: Off -season, pemandangan dedaunan kekuningan yang mulai luruh

Musim sejuk: Cahaya Aurora, eksplorasi Tasik Baikal, bermain salji.

Musim bunga : Off-season, bunga yang mula berputik

Anda pilih!!!

7. Hospitaliti tempatan

Bertentangan dengan pandangan orang asing terhadap Russia, orang tempatan Russia sebenarnya agak ramah sekiranya anda pandai membuka kata. Lebih-lebih lagi sekiranya anda menututurkan beberapa patah perkataan mudah dalam bahasa Russia seperti Spasiba- Terima kasih.

Tapi ingat, jangan senyum sebarangan. !

russian hospitality
Pegawai keselamatan di stesen keretapi grozny

8. Makanan yang mudah untuk dicari

Makanan halal di Russia tidaklah susah untuk dicari. Terdapat banyak restoran halal yang dikendalikan oleh orang muslim Tatar Russia, dan ada juga dari asia tengah seperti Khazakhstan, Uzbekistan dan Tajikistan. Cuba sekali juadah dari Asia Tengah, kami jamin anda mungkin jatuh cinta.

central asian food with beef
Laghman, Makanan Tajikistan

Wishlist anda yang seterusnya

Inilah senarai sebab yang kami rasa cukup untuk buat anda tergerak memenuhi impian untuk travel ke Russia. Kami boleh jamin, anda tak akan menyesal ke Russia dan memori yang anda bawa pulang adalah sesuatu yang anda akan ceritakan pada orang kampung!!