Cara Memohon Visa Pelancong Ke Russia

Step-by-Step Memohon Visa Pelancong Ke Russia

Okay, untuk penuhi impian anda melawat Russia, anda perlukan visa untuk melawat Russia. Sebelum itu, anda perlukan Invitation Letter untuk memohon visa pelancong ke Russia. Prosedur yang kelihatan agak berserabut dan memakan masa ini adalah punca utama ramai yang letak hasrat melawat Russia ke tepi.

Usah risau, kami akan bimbing anda langkah demi langkah untuk memohon visa ke Russia.

1. Invitation Letter atau Tourist Voucher

– Dapatkan Invitation Letter atau Tourist Voucher dari mana-mana agensi pelancongan dari Russia.
– Isikan maklumat seperti nama penuh, tarikh untuk ke russia, bandar-bandar yang akan dilawati, dan maklumat passport.
– Kos bagi voucher/invitation letter ini lebih kurang RM150-200 bergantung kepada agensi yang anda pilih.

– Anda akan menerima voucher ini di alamat email secepat 5 minit – sehari bergantung pada agensi yang anda beli.
– Print satu salinan voucher tersebut

russia tourist voucher
contoh invitation letter
2. Isi borang permohonan Visa

– Isi borang permohonan visa pelancong di laman web berikut
– Anda perlu mengisi nombor voucher pada borang permohonan dan isikan maklumat lengkap yang selebihnya. Pastikan jumlah hari di Russia tidak melebihi 30 hari bagi permohonan visa pelancong, single-entry.
– Submit dan print satu salinan borang permohonan yang lengkap .
– Lekatkan satu gambar passport pada borang yang lengkap dan tandatangan.
– Sekiranya langkah 1-2 ini memeningkan anda, Klik di sini dan kami akan uruskan untuk anda.

[tg_button href=”https://thepureodyssey.com/booking-russia-visa-service/” color=”blue” bg_color=”” text_color=””]Tourist Invitation Letter[/tg_button]

russia visa application form
3. Hantar passport dan borang permohonan

– Kepilkan bersama passport anda yang sah untuk 6 bulan daripada tarikh anda ke Russia, dan mempunyai sekurang-kurangnya 2 mukasurat kosong dengan borang permohonan lengkap serta voucher pelancong.
– Hantar secara walk-in ke pejabat konsular, Duta Russia di Jalan Ampang, Kuala Lumpur sama ada pada hari Isnin, Rabu atau Jumaat antara 9.30 pagi ke 12.30 tengah hari sahaja. (Mulai 2022, anda perlu membuat temujanji untuk membuat serahan dokumen permohonan visa)

Russian embassy in KL
Kedutaan Russia di Kuala Lumpur
4. Buat pembayaran

– Sekiranya tiada sebarang kesalahan pada borang yang diisi, anda akan diminta untuk membuat pembayaran ke akaun pejabat Duta Russia.
– Kos sebanyak RM320 bagi visa pelancong, single-entry yang laku selama maximum 30 hari bergantung pada tarikh anda mohon pada borang.
– Anda boleh membuat pembayaran di Maybank yang terletak 300 meter dari pejabat Kedutaan Russia. (Mulai 2022, anda boleh membuat bayaran melalui pemindahan atas talian apabila pegawai memberi nombor akaun kedutaan)

5. Tarikh kutipan semula

– Setelah pembayaran selesai dan resit diberi pegawai di pejabat konsular Duta Russia, anda akan menerima tarikh untuk kutipan passport anda.
– Selalunya, mengambil masa antara 7-15 hari untuk visa pelancong anda siap.

6. Semak maklumat Visa

– Semasa memungut passport anda beserta dengan visa pelancong, pastikan anda menyemak butiran-butiran pada visa anda.
– Pastikan semuanya tepat sebelum beransur daripada pejabat konsular.

Russian tourist visa
Contoh visa pelancong ke Russia yang telah siap
7. Kemas Beg

– Kemas pakaian dan beli tiket penerbangan anda ke Russia.

Kesimpulan

Anda boleh menggunakan khidmat Pure Odyssey untuk dapatkan Invitation letter dan isi borang aplikasi bagi pihak anda. Anda boleh berjimat sehingga RM200. Tak perlu lagi risau dengan permohonan yang ditolak kerana salah isi borang!!!

Sekiranya anda malas nak ulang alik berurusan dengan kedutaan, anda boleh hubungi agensi sekitar Kuala Lumpur yang menyediakan perkhidmatan permohonan visa ke Russia. Rata-rata kos agensi ini bermula RM700 untuk visa pelancong single entry.

Jumpa Anda Di Russia!!!

Idea untuk anda melawat Russia

2 Responses

Leave a Reply

Proceed Booking