Waktu Terbaik ke Russia?
Nak travel ke Russia, tapi tak pasti bila? Waktu terbaik untuk travel ke Russia tak lah semudah jawapan seperti ke negara 4 musim yang lain, sebab :
- Russia merupakan negara paling besar.
- Bandar paling dekat ke Russia mengambil masa sekurangnya 10 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
- Musim sejuk di Russia yang panjang kurang lebih 6 bulan.
Pure Odyssey akan cuba yang termampu merungkai waktu terbaik untuk travel ke Russia. Berpandukan bandar Moscow dan Saint Petersburg, kami simpulkan bulan-bulan di bawah:
Mei hingga Oktober
Secara umumnya, bulan Mei hingga pertengahan Oktober adalah musim terbaik untuk bercuti ke Russia. Sepanjang waktu ni, cuaca di Russia (Moscow & Saint Petersburg) adalah sangat baik. Seperti negara 4 musim yang lain,waktu ini adalah musim bunga, panas dan musim luruh.
Ini lah waktu dimana tempat-tempat seperti Petergof, Catherine Park dan terusan sekitar Saint Petersburg selesa dikunjungi. Cuaca musim panas yang baik menyerlahkan seri di tempat-tempat ini.
Air pancut sekitar bandar yang ditutup sepanjang musim sejuk mula dibuka bermula penghujung April, manakala Pertunjukan air pancut di Petergof secara rasmi dibuka pada penghujung Mei.
Sementara ramai yang suka berkunjung semasa musim bunga, kami nak ingatkan anda yang musim bunga di Russia sangat pendek. Iaitu antara 2 minggu hingga sebulan bermula awal Mei (bunga Tulip). Namun, Russia masih dihiasi dengan bunga sepanjang musim panas sehingga bulan September/Oktober.
Musim panas = musim bunga
Jadi sebenarnya anda boleh melawat Russia pada musim panas dan masih mendapat cuaca seperti musim bunga. Percaya atau tidak, baru-baru ini sepanjang sebulan(Julai) penulis berada di Saint Petersburg, suhu antara 10-20 darjah sahaja. Sementara di Eropah, beberapa kota raya mencatat suhu tertinggi sejak beberapa dekad.
Di kemuncak musim panas, bulan Jun, akan ada fenomena White Night di Saint Petersburg. Alami malam yang seakan senja disebabkan matahari yang tidak terbenam sepenuhnya di ufuk.
Tapi kena ingat, musim panas adalah musim cuti di sekitar Eropah. Sepanjang musim panas ini, anda akan dapati Moscow, dan Saint Petersburg sangat padat dengan pelancong samada dari dalam dan luar Russia.
Kemuncak musim panas, kos penginapan kadangkala meningkat sebanyak sekali ganda. Bayangkan harga normal twin bedroom yang hanya RM200 menjadi RM500 untuk satu malam!
Kami syorkan untuk melawat Russia pada bulan Mei, atau Ogos hingga Oktober jika bajet kewangan terhad.
Sertai kami dalam trip 2020:
- 14-23 Feb 2020 (Aurora Hunting)
- 13 – 22 March 2020 (Aurora Hunting)
- 12 – 21 June 2020 (White Night)
- 21 – 30 August 2020 (Autumn)
- 25 Sep – 4 Oct 2020 (Aurora Hunting)
- 23 Oct – 1 Nov 2020 (Aurora Hunting)
November hingga April
Musim sejuk di Russia sangat lama dan SEJUK. (seriously).
November di Russia adalah mulanya musim sejuk, dan sesetengah bandar dah pun bersalji. Purata suhu di bandar2 Russia adalah bawah 5 darjah celcius pada bulan November.
Kalau anda bercadang untuk memburu Aurora Borealis di Russia, ini lah waktu terbaik ke Russia iaitu sepanjang musim sejuk (musim Aurora Hunting bermula dari September ke April). Anda boleh ke Murmansk untuk aktiviti Aurora Hunting. Senang cakap, musim sejuk bukanlah peak season kecuali di bandar ski resort.
Tapi kena ingat, hujung Disember hingga minggu kedua Januari adalah peak season, iaitu, cuti akhir tahun dan krismas di Russia. Jadi kos penginapan dan penerbangan sangat lah mahal pada waktu ini.
Yang best nya pada musim sejuk ini, pelancong tak ramai dan anda akan alami sendiri Russian Winterland.
Kami tahu, orang Malaysia memang suka sangat main salji, tapi nak sejuk macam Genting Highlands…eh??
Bajet Rendah
Untuk backpackers, kami cadang waktu terbaik untuk melawat Moscow, Saint Petersburg dan Kazan adalah pada bulan April/Mei dan November.
Waktu ini, harga penginapan paling rendah dan banyak. Pelancong paling kurang disebabkan off-season. Kos dari segi penerbangan, dan penginapan kebanyakan akan dikurangkan.
Cumanya, waktu ini banyak kerja-kerja pembaikan atau persediaan untuk musim berikutnya sedang berjalan. April dan Mei, ais dan salji dari musim sejuk yang lama mula mencair dan jalan agak lecah dan sangat basah. manakala pada 1 November, Saint Petersburg dan Moscow secara rasmi memulakan persediaan menghias bandar dan taman bagi sambutan tahun baru dan krismas. Jadi 3 bulan ini, pemandangan mungkin agak kurang memuaskan.
Pemandangan mungkin tak secantik seperti musim panas dan musim sejuk sebenar, tapi kami jamin, anda masih dapat menikmati pengalaman Russia dengan baik.
Konklusi
Kami cuma nak bagi tahu yang Russia ni sesuai untuk dilawati sepanjang tahun, bergantung pada apa yang anda cari dan bajet yang anda sanggup berbelanja.
Kalau tak nak susah-susah fikir, tengok itinerari-itinerari yang kami cadangkan.
Russian Classic 3 Capitals Trip
Frozen Lake Baikal Exploration
Trans-siberian Ultimate Pure Odyssey
You can Do It Yourself OR come with US!!!
Anda perlukan Invitation letter dan servis mengisi borang aplikasi visa pelancong ke Russia?
Baca artikel ini untuk langkah-langkah memohon visa pelancong ke Russia.
[…] Baca artikel ini untuk gambaran kasar bila waktu terbaik untuk melawat Russia. […]