Tempat yang Patut Dilawati di Russia

with No Comments

Tempat yang Patut Dilawati di Russia

Sekali lagi kami ingatkan, Russia sangat lah BESAR. Dan tempat-tempat yang patut dilawati di Russia takkan habis walaupun kami senaraikan satu per satu. Jadi dalam artikel ini, kami kongsikan beberapa bandar yang kami secara peribadi sangat patut untuk dilawati.

Ps: kami akan sentiasa update artikel ini dengan penambahan beberapa tempat yang kami rasakan menarik apabila kami telah menjejakkan kaki di sana.

7. Republik Karelia

Ruskeala marble canyon
Ruskeala Marble Canyon

Karelia terletak di utara Saint Petersburg bersebelahan dengan Finland. Republik Karelia kaya dengan keindahan alam semula jadi, serta dipenuhi dengan tasik. Anda boleh ke Petrozavodsk dan melawat Kizhi Island atau ke Vyborg dan Sortavala, seterusnya ke Ruskeala. Petrozavodsk, Vyborg, dan Sortavala boleh diakses menggunakan keretapi dari Saint Petersburg.

6. Kazan, Republik Tatarstan

Qul Sharif masjid
Masjid Qul-Shariff

Dikenali sebagai bandar ke-3 Russia selepas Moscow dan Saint Petersburg, Kazan juga dipanggil ‘Istanbul of Volga’. Disebabkan oleh pertembungan antara budaya Asia dan Eropah di Sungai Volga. Penduduk muslim di Kazan meliputi hampir 35%, iaitu diwarisi sejak zaman Kesultanan Kazan, sebelum ditakluk oleh Ivan the Terrible, raja Russia ketika itu.

Di sini, anda boleh melawat Kremlin Kazan yang di dalamnya terletak Masjid Qul-Sharif dan gereja secara bersebelahan.

5. Murmansk

Murmansk terletak jauh ke utara, menghadap lautan artik dan hampir 200km dengan sempadan Norway. Disini anda mugkin boleh ‘tick’ salah satu bucket list anda, iaitu pengalaman melihat Aurora Borealis. Anda boleh datang ke sini bermula daripada bulan September sehingga April untuk Aurora hunting.

Aurora Hunting di Murmansk

Jangan lupa ke Teriberka dan lihat sendiri laut Barrent iaitu sebahagian drpd laut Artik. (Mungkin anda boleh masukkan berendam dalam pelbagai lautan dunia sebagai salah satu bucket list terbaru anda). Tidak jauh dari Teriberka, anda boleh melawat perkampungan suku kaum Saami.

4. Crimean Peninsular

Crimea terletak di selatan Ukraine, iaitu di Laut Hitam. Seperti Republik Karelia, Crimea juga kaya dengan keindahan alam semula jadi, ditambah dengan cuaca beriklim subtropika. Senang cakap, iklim macam kita, panas dan lembap, ditambah dengan kehadiran winter and just nice.

Crimea yalta

Tapi ingat, Crimea sekarang dibawah kuasa Russia, tetapi juga dituntut oleh Ukraine. Kalau anda nak masuk Ukraine kemudian hari, elok anda tangguhkan dulu hasrat untuk ke Crimea melalui Russia.

Ps: sejarah panjang di Crimea juga sangat menarik dan satu ketika dahulu Crimea mempunyai Kesultanan Crimea yang tersendiri.

3. Irkutsk, Siberia

Sekiranya anda bercadang untuk menjelajah Russia melalui Trans-Siberia, anda pasti akan lalui bandar Irkutsk ini. Jangan lupa untuk berhenti sekurang-kurangnya 3 malam. Supaya anda boleh mengambil masa melawat dan meneroka Tasik Baikal.

Frozen lake baikal
Tasik Baikal di musim sejuk

Tasik Baikal adalah tasik terbesar mengikut isipadu dan terdalam di dunia. Ia beku dengan ketebalan hampir 1 meter di kemuncak musim sejuk. YA, anda boleh teroka dengan jeep, atau bermain ice-skating di gelanggang Ice-Skating terbesar di dunia.

Jangan risau, musim panas di Tasik Baikal juga tak kurang hebatnya.

2. Saint Petersburg.

St Isaac Cathedral
St Isaac Cathedral

Bandar ke-2 Russia ini kaya dengan sejarah, budaya, dan pusat kesenian di Russia. Di sini terletaknya beberapa Istana utama semasa zaman Empayar Russia yang diketuai oleh Tsar atau Empress.

Winter Palace and Hermitage Museum
Winter palace & State Hermiage Museum

Winter Palace yang termasuk dalam bangunan muzium Hermitage adalah muzium kedua terbesar di dunia dan mempunyai hampir 3 juta bahan pameran. Jangan lupa juga untuk melawat Catherine palace dan Petergof Palace.

Kami cadang anda ambil masa untuk menikmati Saint Petersburg sekurang-kurangnya 2-3 malam.

1. Moscow

Red Square Moscow on nice day
Red Square, Moscow

Ibu negara Russia ini, kami tak dapat keluarkan daripada kedudukan pertama.

Anda mesti pergi ke Moscow sekiranya ke Russia eropah. Lihat sendiri Moscow Kremlin yang gah berdiri sejak berzaman, dan dikatakan tempat tinggal Presiden Russia.

Di dataran revolusi, atau Red Square, kami jamin anda pasti kagum dengan seni binaan dan pemandangan St Basil Cathedral dengan kubah berbentuk bawang berwarna-warni.

Victory park
Victory Park di Moscow

Moscow juga boleh dikatakan agak hijau, banyak taman yang anda boleh singgah. Bergantung pada musim, anda akan dapat pemandangan yang berbeza. Surprise!!!


Konklusi

Secara jujurnya, kami sarankan anda melawat sekurang-kurangnya satu kawasan / negeri lain selain daripada ke Moscow dan St Petersburg (dua bandar ini, wajib) supaya anda dapat tengok Russia dari sudut pandang yang lain.

Jangan lupa, rajin-rajin lah singgah ke sini. Kami akan update tempat-tempat yang berbaloi untuk dilawati di Russia.