Dalam artikel tempat yang patut dilawati di Russia, kami letak irkutsk, Lake Baikal pada kedudukan ketiga di bawah Moscow dan Saint Petersburg. Bukan Murmansk, bukan Kazan. Nah ni sebab-sebabnya dan anda pasti akan masukkan Lake Baikal Russia ini dalam bucket list yang seterusnya.
1. Fakta menarik Lake Baikal
Lake baikal adalah tasik paling dalam dan tertua di dunia. Pada kedalaman 1600 meter, tasik ini mempunya isipadu air paling banyak di dunia, iaitu 20% daripada keseluruhan air tawar di dunia. Air tasik baikal sangat segar disebabkan oleh oksigen yang sampai ke lapisan dalam air tasik ini akibat daripada kedudukannya di garisan tektonik yang agak aktif.
Tasik Baikal mempunyai sebuah pulau besar, iaitu pulau utama sepanjang hampir 70km dari hujung ke hujung dan 28 km sisi ke sisi, 2 kali ganda lebih besar daripada pulau pinang.
2. Keindahan alam semula jadi
Bayangkan pulau yang dua kali ganda saiz Pulau Pinang tetapi hanya didiami 1500 orang penduduk tempatan. Dah tentu alam semula jadi yang cantik tu tak disentuh lagi. Di Olkhon island terdapat banyak spot menarik untuk buat aktiviti outdoor macam berkelah, perkhemahan, hiking, kayak atau nak rare sket, mandi tasik yang sejuk ni. Okay, itu kalau anda datang pada musim panas.
Pada musim sejuk, tasik baikal akan membeku sedalam 1.6 meter. Ais yang tebal ni membolehkan kita untuk menyeberangi tasik ni ke Olkhon island menggunakan kereta. Ya, anda boleh sertai explorasi tasik baikal yang beku. Dari gua ais, ais hitam, gelembung udara methane yg terperangkap dalam ais, dan mata ais, semua anda boleh explore. Memang satu keajaiban ciptaan tuhan yang boleh merendahkan diri kita.
Cuma satu kami nak nasihat, jagalah kebersihan kawasan setempat. Yang paling penting sekali, masa nak tangkap gamnbar di gua ais, tolong jangan pecahkan formasi dan pembentukan ais yang ada.
3. Masyarakat Buryat
Olkhon island dan Lake Baikal didiami oleh masyarakat asli tempatan beretnik Buryat. Etnik Buryat sangat dekat dengan kepercayaan Shamanism. Sedikit sebanyak, anda boleh mengenali budaya dan kehidupan seharian masyarakat tempatan di sini. Disebabkan di sini tiada hotel, anda akan tinggal dengan masyarakat tempatan di guest house dan makan masakan home cooked membawa kita ke point seterusnya.
4. Ikan segar Omul.
Ikan Omul ialah dari keluarga Salmon, anda akan dapat menikmati ikan segar Omul samada yang digaram, disalai atau dimasak sup. Masakan sup tradisi masyarakat Buryat iaitu Sup Ukha di mana air sup ini menggunakan air tasik lake baikal sendiri.
Anda wajib cuba! Oh, lupa pula, macam ikan salmon, ikan Omul pun sedap dibakar ditambah perahan lemon. Memang mengiurkan ~
5. Hentian utama Trans-Siberia
Bandar irkutsk dan Lake Baikal adalah hentian utama sepanjang laluan Trans-Siberia. Pengembara yang dalam laluan ini wajib berhenti di sini sekurang-kurangnya 2 malam untuk aktiviti day trip ke Lake Baikal. Dan di sini lah cabang laluan Tran-Siberia berpecah kepada 3 laluan lain iaitu Vladivostok (trans-Russia), Ulaan Bataar (Trans-Mongolia) dan Beijing (Trans-Manchuria).
Untuk anda yang berhajat untuk menjelajah laluan Trans-Siberia dan pada bajet yang rendah, anda boleh mula atau tamatkan laluan anda di Irkutsk ini . Anda akan jimat masa dan jimat duit.
Boleh je join trip kami ke Trans-Siberia musim sejuk atau musim panas nanti.
Bila nak melawat lake Baikal?
Kebiasaannya ada dua musim yang sesuai untuk melawat Lake Baikal. Musim sejuk (hujung januari ke hujung march) dan musim panas (Jun hingga Ogos). Aktiviti dan pengalaman yang anda dapat untuk kedua-dua musim ini pun jauh berbeza, jadi, boleh la pergi dua kali kalau kali pertama pergi, tak cukup puas.
Untuk tahu lebih lanjut pengalaman yang anda boleh expect semasa di sana, baca pengalaman di sini.