Persediaan sebelum ke Russia

Sebelum ke Russia

Umumnya, persediaan sebelum ke Russia juga seperti mana-mana negara 4 musim Eropah yang lain. Tapi disebabkan iklim dan budaya Russia yang agak berbeza, mungkin beberapa tips di bawah sedikit sebanyak membantu persediaan anda.

Bahasa Russia
Russian phrases

Hafal beberapa patah perkataan yang biasa digunakan dalam urusan seharian dalam bahasa Russia. Bukan lah satu kemestian, tapi, kami percaya dengan pergaulan budaya setempat. Terutamanya kalau anda bercadang untuk mengembara secara sendiri.

Kalau travel dengan kami, no hal lah…

Ini antara perkataan yang seeloknya anda tahu. (akan datang)

Tulisan cyrillic Russia
persediaan sebelum ke russia
Tulisan cyrillic

Kalau anda bercadang untuk melawat ‘off beaten track’ di Russia, kami sarankan anda belajar tulisan cyrillic russia. Sekurang-kurangnya, sangat membantu untuk baca nama tempat atau jalan atau destinasi laluan bas.

Kami belajar tulisan cyrillic Russia dalam masa 3 hari di Georgia sebelum menyeberangi sempadan Russia.

Kelengkapan musim sejuk.
a girl in a fur winter coat

Seriously. Kalau tak mahu terseksa dengan kesejukan Russia, bawa kelengkapan musim sejuk yang baik, melainkan anda melawat Russia antara bulan 6 hingga 8. Musim panas pun, kami cadangkan anda bawa sekurang-kurangnya sweater atau jaket kulit untuk waktu malam.

Kunci utama untuk survive dengan Musim sejuk yang mengganas di Russia adalah cara dan fasyen pemakaian yang betul.

Suhu di Saint Petersburg antara bulan 9-5 : -10 – 16 darjah celcius

Suhu di Saint Petersburg antara bulan 6-8 : 10 – 25 darjah celcius

Kelengkapan musim sejuk yang patut dibawa (akan datang)

Wang perbelanjaan

Russia sekarang bergerak ke arah ‘cashless’. Jadi anda tak perlu risau untuk usung cash yang banyak. Kami sarankan sekurang-kurangnya, tukar USD50-100 untuk keselesaan. Selebihnya, gunakan kad atm atau kredit kad yang diaktifkan penggunaan luar negara.

Big Pay: Kad kredit prabayar

Kad kegemaran kami adalah BIGPAY daripada Airasia. Kad kredit prabayar ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai kad kredit yang kuat seperti platinum, gold dan lain-lain. Kami akan terangkan lebih lagi mengenai kad ini.

Yang bestnya ialah, setiap kali topup atau berbelanja, kita akan kumpul bigpoint Airasia. Buat masa ini, tiada caj kad dikenakan setiap kali penggunaan luar negara, kecuali pengeluaran duit di mesin ATM. Hanya menggunakan kadar tukaran yang ditetapkan oleh Mastercard.

Bawa selipar indoor

Okay, ini mungkin kedengaran pelik. Budaya di Russia sebenarnya hampir serupa dengan budaya kita. Antaranya, orang Russia akan membuka kasut apabila di dalam rumah. Tapi, mereka akan memakai selipar indoor manakala kita lebih selesa berkaki ayam dalam rumah.

Jangan pelik kalau anda menginap di hostel atau Airbnb atau homestay di Russia, dan anda berjalan ke dapur tanpa kasut, dipandang dengan wajah pelik oleh orang russia. Kalau anda menginap di hotel, anda boleh lupakan tips ini.

Berlatih kurangkan senyuman. Eh??

Ha.. Orang Malaysia memang kaya dan murah dengan senyuman. Tapi di Russia, senyuman adalah mata wang paling mahal. Lawak kan.

Seriously, jangan senyum kepada orang asing di Russia. Hanya orang mabuk atau gila yang senyum tanpa sebab di sana.

russian hospitality
Zelim Khan Pegawai keselamatan di Chechnya Russia

Senyuman mereka hanya datang daripada keikhlasan lubuk hati. Sekiranya anda mengenali orang Russia, mereka sebenarnya hanya melontarkan senyuman yang ikhlas, pada orang yang mereka kenali. Diorang ni sangat baik orangnya.

Download apps

Sebelum ke Russia, ada beberapa applikasi yang patut anda download untuk memudahkan perjalanan anda di sana. Antaranya ialah, maps.me, Xe currency exchange, Google translator, Yandex taxi, Yandex metro dan beberapa applikasi lain.

Kekangan penerbangan domestik.
S7 airline plane
S7 Airline salah satu syarikat penerbangan Russia

Biasanya, pelancong tidak dibenarkan untuk membawa cecair melebihi 100ml bersama ke dalam kabin pesawat hanya dalam penerbangan antarabangsa. Namun di Russia, anda tidak dibenarkan juga untuk penerbangan domestik. Sekiranya anda bercadang untuk membawa sebarang cecair, pastikan disimpan dalam bagasi yang akan di ‘Check in’.

Study tempat yang anda ingin pergi.

Sebelum anda dapatkan tourist voucher/invitation letter lagi, kalau boleh, anda dah tahu ke mana anda nak pergi. Sebabnya, semasa permohonan tourist voucher, anda perlu meletakkan nama bandar yang akan anda kunjungi.

Lagipun, Russia ni besar, sesetengah tempat mempunyai ‘special effect’ mengikut musim.

Paling kurang pun, anda kaji sedikit mengenai pengangkutan awam dari lapangan terbang ke pusat bandar.


Kalau anda ikut apa yang kami cadangkan di atas, kami yakin, anda dah kurangkan 80% daripada ralat sewaktu travel di Russia. Selebihnya, sendiri punya ralat..

Leave a Reply

Proceed Booking